Apakah Jenis2 Dadah?

Jenis-jenis Dadah

 Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis

seperti berikut :

  • Opiat dan Opiat sintetik
  • Stimulan
  • Ganja
  • Halusinogen
  • Depresen
  • Ubat-ubat dan bahan-bahan yan disalahguna

 

OPIAT

Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin :

Candu

Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, menanjal (elastic) apaila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.
Morfin
Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik.
Morfin Mentah
  • Bentuk blok/serbuk
  • Bertanda ‘999’
  • Mengandungi 70% – 90% morfin
  • Juga dikenali sebagai Heroin No. 1
Bes Morfin
  • Seperti serbuk kopi halus
  • Mengandungi 60% – 70% morfin
Pil-pil Morfin
  • Mengandungi morfin sulfat/morfin hidroklorid
  • Pil kecil berwarna putih/coklat pucat

 

Heroin

Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.
Kodein

Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.

 

 

Opiat Sintetik

Opiat sintetik meliputi bahan-bahan seperti ‘methadone’, ‘pethidine’, dipipanone’ dan ‘dextropropoxyphene’. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiate dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini ‘methadone’ digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.

STIMULAN

Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulant iaitu jenis amfetamin atau ‘Amphetamine-type-stimulants (ATS)’ dan kokain.

 

Amfetamin

Amfetamin adalah stimulant sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu) dan “Methylenedioxy Methamphetamine” adalah dadah yang sangat berbahaya.

 

 

 

 

Methamphetamine

“Methamphetamine hydrochloride” merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulant. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas. Contoh “methamphetamine hydrochloride” yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.
 

Kokain

Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergununga Andes, Amerika Selatan. Daun koka banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan  Tengah di samping negara-negara Eropah.

Kokain “Freebase” adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain “Crack” adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk “granules”, “Crack” mempunyai ketulenan
sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan
ketagihan teruk dalam masa yang singkat.

MDMA

“Methaylenedioxy-methamphetamine” (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin. Ia dipanggil  “feel good drug” dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rasa pengguna muda.

 

 

 

Ganja/Kanabis

Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok “cannabis sativa”. Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana “tetrahydrocannabinol” (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.

 

 

Kanabis Herba

Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok ‘genus kanabis’ yang dikeringkan dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan.

 

 

 

 

Hashish

Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin. Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.

 

 

 

 

Minyak Hashish

Minyak hashish daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.

 

 

 

 

 

 

Halusinogen

Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar.

Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.

LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.

Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh golongan

“hippies” pada tahun 1960-1970. Kini ia diguna oleh kebanyakan

penagih di negara-negara barat.

 

 

Depresen

 

Ubat Depresen

Barbiturates

Ubat “depresen” termasuk juga ubat-ubat “sedative” dan “tranquilizer”. Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh.

 

 

 

Tranquilizer

Contoh ubat  “sedative” ialah “barbiturates”  manakala contoh “tranquilizer” ialah “erimin-5”, “rohypnol” dan “valium”. “Erimin-5” sejenis “sedative” yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang menyalahguna “club drugs” untuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin.

Penagih heroin juga menganggap “erimin-5” sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin tinggi.

“Rohypnol” sejenis “sedative” yang sangat kuat kesannya

sehingga ia kerap disalahguna di kelab malam bukan sahaja

sebagai “club drugs”, bahkan juga sebagai “rape drugs” oleh

perogol. “Rohypnol” boleh mengakibatkan kematian apabila

disalahgunakan bersama alkohol.

 

Alkohol

Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam. Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya.

Penyalahgunaan alcohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri.

Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara

berlebihan akhirnya boleh membawa maut.

 

GHB

“Gamma-hydroxybutyrate” (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil dan kapsul. GHB tidak pernah diiktirafkan sebagai ubat da dikeluarkan dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian.

GHB juga kerap disalahgunakan sebagai “rape drug” kerana boleh memitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja.

 

Ketamin

Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan dengan cara “smoked” atau “snorted” untuk mendatangkan khayalan seperti bius.

Ubat –ubat dan Bahan Yang Disalahguna

Steroid

Steroid sejenis ubat yang merupakan hormone testoren sintetik. Steroid digunakan oleh doctor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain. Steroid kerap disalahgunakan oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan steroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatan kekuatan fizikal. Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh menyebabkan kanser hati.

Inhalan

Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan. Menghidu gam akan menyebabkan kerosakan otak yang kekal (gila) dalam masa yang singkat.

Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu ketagihan. Kini kerajaan Malaysia sedang dalam proses menggubal Akta Bahan Mengkhayalkan agar gejala penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditangani.

Daun Ketum

Daun ketum atau “species mytrangynine” yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia.

Pokok Ketum ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Terdapat juga di sesetengah tempat di mana daun ketum direbus bersama-sama dengan ubat nyamuk, supaya memberi kesan yang lebih kuat kepada peminumnya. Ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Ubat-ubatan

Selain daripada ubat bius dan “depresen”, lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalahguna adalah berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit (pain killer) dan sebagainya.

Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan menyebabkan kebergantungan kepada ubat-ubatan berkenaan.

About tudungbawalonline

Saya tidak tahu dan ingin belajar. Nota yang saya baca, saya akan kongsikan kepada anda semua agar ilmunya akan memberi maafaat kepada semua.
This entry was posted in Info and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s