Bagaimana Jarakkan Kehamilan?

04274-malam_pertama

Ada cara alami yang bisa anda lakukan sebagai cara mencegah kehamilan anda.  Diantaranya adalah;

  1. Posisi ketika berhubungan seks dengan pasangan

Posisi memberikan peran yang besar untuk menyebabkan kehamilan. Jika anda belum mengharapkan hamil lagi, berhubungan dengan posisi perempuan di atas bisa juga menjadi pilihan. Cara ini merupakan cara yang bisa mencegah mencegah masuknya sperma ke dalam rahim.

  1. Jangan mengeluarkan sperma di dalam vagina

Sebagaimana yang kita ketahui bahwa proses terjadinya kehamilan adalah ketika adanya sel sprema yang masuh kedalam rahim dan membuahi sel telur. Ini artinya ketika tidak ada sperma yang masuk ke dalam rahim maka proses pembuahan juga tidak akan terjadi. Meskipun demikian cara ini harus dilakukan secara hati-hati dan konsentrasi karena ketika sperma sudah akan keluar, penis harus segera dikeluarkan dari vagina.

  1. Menggunakan kondom atau alat kontrasepsi

Alat kontrasepsi ini akan membantu mencegah masukknya sperma ke dalam rahim. Meskipun alat ini belum bisa menjadi jaminan 100% sebagai cara yang efektif untuk mencegah kehamilan, tapi presentase keberhasilannya juga cukup besar. Gunakan alat ini dengan tepat dan pastikan bahwa bahwa alat yang anda pakai tidak bocor.

Ketiga cara tersebut merupakan cara mencegah kehamilan alami yang cukup aman. Meskipun demikian perlu anda ketahui bahwa cara-cara di atas tadi tidak memberikan jaminan 100% bahwa kehamilan tidak akan terjadi.

Posted in Hubungan | Leave a comment

Bagaimana Cara Didik Anak?

Happy

Happy (Photo credit: Wikipedia)

Mendidik Anak seharusnya kita berikan semenjak anak masih dalam kandungan lagi. Islam amat menitik beratkan dalam hal memberikan pendidikan sejak dari dalam kandungan sampai anak mencapai usia dewasa. Pemahaman agama yang baik akan banyak mempengaruhi dalam hal pembentukan akhlak dan peribadi mulia seorang anak kelak nanti.

Islam memperkuat pandangan perlunya pendidikan sebelum kelahiran bermula dari sejak sebelum terciptanya janin. Ha ini dibuktikan dalam Al-Quran dalam beberapa surah, diantaranya:

Penciptaan janin harus berasal dari pasangan yang sah. Bukan hubungan perzinahan. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Surah Al-Isra’ 17:32)

Dalam melakukan hubungan hendaklah dimulai dengan doa, agar dijauhkan dari syaitan.

Setelah terjadinya proses nuthfah (sperma), berlanjut menjadi ‘alaqah dan kemudian mudghah (segumpal daging). Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.” (Surah Al-Mu’minun 23:12-14)

Maka bermulalah kehidupan seorang anak di dalam rahim ibu.

Dari tahap ini, ada beberapa hal yang harus dilakukan oleh ibu, ibu adalah guru pertama seorang anak untuk mendidik anak dalam kandungan.

Cara mendidik anak dalam kandungan secara Islam dapat dilakukan dengan berbagai cara. Berikut adalah pendidikan anak dalam kandungan, antaranya ialah:

– Membaca Al-Quran

Fungsi pertama yang paling banyak digunakan bayi dalam kandungan adalah fungsi pendengaran, oleh itu biasakan bayi dalam kandungan mendengar Al-Quran.

– Membacakan Doa

Berdoa agar mendapatkan anak soleh dan solehah, seperti doa Nabi Zakaria yang disebut dalam Al-Qur’an surat Ali Imran : 38 yang bermaksud:

“Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Doa..” (Surah Ali Imran 3:38)

Ada juga doa Nabi Ibrahim yang disebut dalam Al-Quran surat As-Shaafaat :100 dan An Nahl :78. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” (Surah As-Saaffaat 37:100)

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.” (Surah Al-Nahl 16:78)

– Bercakap Dengan Bayi

Selalulah bercakap dengannya walaupun dia belum lagi lahir. Komunikasi dengan cara ini dapat merangsang lagi pertumbuhan otaknya. Ceritakan padanya apa yang sedang anda perbuatkan setiap hari seperti melakukan amal ibadah, cara ini akan mendedahkannya pada suara anda dan membantu anda mengajar tabiat bercakap dengannya apabila dia lahir nanti.

– Menjaga Perilaku

Menjaga perilaku sangat penting ketika hamil, kerana akhlak ibu bapa sangat berpengaruh terhadap akhlak anak-anak.

Cara Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah

Contoh teladan yang terbaik adalah rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda umpama penyuluh buat segenap manusia. Apa yang terbaik adalah berbalik kepada fitrah dan sunnah yang telah sekian lama diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. Mendidik anak-anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, antaranya adalah :

1. Umur anak-anak 0-6 tahun.

Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.

Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

2. Umur anak-anak 7-14 tahun.

Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud,
“Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).

Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang.

Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam membentuk sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam.

3. Umur anak-anak 15- 21 tahun.

Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara atau masalah yang mereka hadapi, jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain.

Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.

4. Umur anak 21 tahun dan ke atas.

Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka.

Ibu bapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibu bapa inginkan.

Panduan Untuk Ibu Bapa Prihatin

Untuk mendapatkan panduan lengkap “Rahsia Anak Soleh” yang akan merungkaikan persoalan yang sering bermain di fikiran ibu bapa yang ingin memberikan pendidikan kepada anak mereka dengan berkesan dan bijaksana, anda boleh dapatkannya sekarang klik di sini.

Antara yang lain, panduan lengkap “Teknik Mendidik Anak Cemerlang” yang boleh anda gunakan sebagai panduan di dalam mendidik anak anda. Siapa tahu? Mungkin panduan ini akan menjadi titik permulaan kepada perubahan pada diri anak anda sebagai seorang kanak-kanak yang sihat, ceria dan bijak. Anda boleh dapatkannya sekarang klik di sini.

Posted in Kehidupan, Keluarga | Tagged , , | Leave a comment

Apakah Manfaat Tidur Tanpa Pakaian

Sleeping, relaxing

Sleeping, relaxing (Photo credit: Pascal Maramis)

Bagi kebanyakan orang tidur tanpa sedikit benang pun di tubuh atau tidak memakai apa-apa masih terasa janggal. Mungkin akan timbul pertanyaan apakah tidak masuk angin nanti? Namun buktinya tidur dengan tidak memakai sebarang menyihatkan tubuh kita.Ada beberapa manfaat yang boleh anda dapatkan dari tidur tanpa menggunakan pakaian. Terdengar sedikit nakal ya, Ladies? Namun, dikutip dari Vemale.com, manfaat apa saja sih yang boleh kita dapatkan dengan tidur tanpa pakaian?


Memperlancar Aliran Darah

 Faktanya, tidur tanpa menggunakan pakaian membantu tubuh mengalirkan peredaran darah lebih baik. Biasanya wanita melepaskan bra mereka sebelum tidur. Kajian terkini mengatakan bahawa wanita bahkan tak memerlukan pakaian dalam agar lebih sihat. Namun,

dalam keadaan tidur, mungkin ada baiknya anda menggunakan pakaian yang

longgar untuk menggantikan pakaian dan pakaian dalam ketat nan seksi

yang anda pakai.


Peredaran Bagi Area Intim 

Ternyata, tidur tanpa menggunakan pakaian boleh membantu anda meningkatkan peredaran udara pada area intim. Saat

sedang tidur dan menggunakan pakaian dalam, kemungkinan gerah dan basah

akibat kekurangan peredaran udara, rupanya boleh membolehkan munculnya

jangkitan. Pssttt … lelaki yang tak tidur menggunakan pakaian juga boleh meningkatkan kesuburan . Kerana menjaga testis pada suhu yang sesuai dan meningkatkan kualiti sperma.


Meredakan Kepenatan Hidup

 Setelah seharian bekerja, rupanya mengatasi kejenuhan seharian tersebut boleh dilakukan dengan tidur tanpa pakaian. Hal ini dapat meredakan ketegangan dan melepaskan ikatan-ikatan yang menekan kita seharian. Tubuh menjadi lebih rileks dan tidur jadi lebih nyenyak.


Sebelum anda cuba untuk tidur tanpa pakaian, disyorkan untuk mandi terlebih dahulu. Hal ini untuk membersihkan diri dari minyak, peluh, kuman dan dapat membantu meringankan beban di kepala dan tubuh anda.

 Pastikan suhu di bilik cukup selesa dan ranjang anda dalam keadaan bersih serta rapi. Konon, tidur tanpa pakaian dalam keadaan bersih adalah keadaan paling sihat dan semula jadi.


Jangan lupa matikan lampu dan tidurlah dalam keadaan hening. Bila cara tidur ini masih aneh bagi anda, tak ada salahnya menggunakan pakaian yang longgar untuk melindungi tubuh anda. Selamat tidur dan berehat.

Posted in Kehidupan | Tagged , | Leave a comment

Memakai Pakaian Dalam Ketika Tidur Penyebab Penyakit Kanser?

Young Couple Sleeping

Young Couple Sleeping (Photo credit: epSos.de)

 

“Melihat ibu menderita akibat kanser payudara, membuatkan saya risau.  Sebab itulah hingga kini, saya mengelak daripada tidur dengan memakai bra,” ujar seorang pelakon drama televisyen.

Kata-katanya yang mungkin didengari oleh jutaan penonton di Indonesia itu, seperti mengesahkan bahawa memakai bra ketika tidur boleh menyebabkan kanser payudara.  Akibatnya, ramai wanita mengelak daripada mengenakan bra ketika tidur.

Benarkah memakai bra ketika tidur boleh menyebabkan kanser payudara? “Tidak benar.  Memakai bra semasa tidur tiada kaitan dengan kanser payudara,” kata Dr. Febriansyah, seorang Doktor Pakar Sakit Puan di RSIA Kemang Medical Care, Kemang, Jakarta Selatan. Menurut beliau, tiada masalah untuk wanita mengenakan bra ketika tidur.

“Dengan syarat, bra yang dipakai adalah jenis tidak berdawai kerana bra seperti itu membuatkan payudara tertekan.  Akibatnya, aliran darah tidak lancar sekali gus mempengaruhi kesihatan payudara,” jelas Dr. Febriansyah.

Beliau berkata,  adalah lebih baik untuk tidak memakai pakaian dalam ketika tidur supaya darah dapat mengalir lebih lancar dan tubuh menjadi lebih relaks serta terasa lebih segar apabila bangun.

Tambah beliau,  “Jika payudara tertekan, bra akan menghalang aliran darah sehingga mengakibatkan beberapa masalah seperti sengal dan sakit.”

Begitu juga dengan lelaki.  Menurut Dr. Febriansyah, dakwaan mengatakan lelaki yang memakai seluar dalam ketika tidur berisiko menjadi mandul, adalah tidak benar.

“Seelok-eloknya, lelaki tidak memakai seluar dalam yang ketat ketika tidur.  Tujuannya sama, supaya tiada tekanan pada alat kelamin dan darah dapat mengalir lancar,” ujar beliau.

Lelaki boleh memakai seluar semasa tidur, asalkan ia longgar seperti seluar boxer.  Baik lelaki mahupun wanita, harus mengenakan pakaian longgar atau tidak terlalu ketat semasa tidur.

“Memakai seluar dalam yang terlalu ketat akan menyebabkan peredaran udara pada vagina seseorang wanita, terganggu. Keadaan ini boleh menimbulkan masalah keputihan,” kata Dr. Febriansyah.

Selain longgar, lelaki mahu pun wanita harus memakai pakaian yang mampu menyerap peluh. “Ini kerana semasa tidur, tubuh manusia berpeluh.

Justeru, elakkanlah daripada memakai pakaian bahan poliester kerana bahan itu tidak menyerap peluh,” tegas beliau.

Posted in Info, Kehidupan, Lelaki, Wanita | Leave a comment

Apakah Jenis Baju Tidur Seksi Yang Digemari Lelaki

Kalau anda seorang isteri yang setiap hari memakai kain batik sewaktu tidur bersama-sama suami,mungkin anda perlu sesuatu yang extreme contohnya memakai baju tidur yang seksi.Tujuannya adalah untuk membaiki hubungan antara suami isteri.Kalau anda malu untuk beli di kedai mungkin anda boleh secara online.Anda juga perlu tahu baju tidur yang mana satu sesuai dengan anda.Di bawah ini ada lima jenis baju tidur yang boleh menggoncang suami anda .

5.Brassiere 
Dalam bahasa mudahnya adalah bra.Ada macam-macam jenis dan warna serta design bra.Push up bra kalau nak upkan sikit payudara anda ,yang ada lace atau beropol-ropol.Tapi selalunya sebelum tidur mesti buka bra yang anda pakai tujuannya untuk pengaliran darah dalam payudara anda.

4. Camisole
Selalunya camisole tak ada lengan dan simple sahaja reka bentuk baju tidur ini.Boleh dipadankan dengan thong atau seluar dalam bertali kecil.

3a.Teddy
Bentuk macam baju renang tapi lagi seksi.Jika anda seorang yang berani boleh cuba teddy.Mesti suami akan puji anda.

2.Chemise
Baju tidur jenis ini adalah jenis yang jarang atau see through.Pasti suami anda tak sabar-sabar lagi.

1.Babydoll
Babydoll adalah baju tidur jenis gaun tapi selalunya sampai paras peha.Babydoll juga menutup sebahagian payudara anda tetapi bergantung kepada saiz dan rekaan babydoll yang anda pilih.

Kalau anda seorang isteri yang setiap hari memakai kain batik sewaktu tidur bersama-sama suami,mungkin anda perlu sesuatu yang extreme contohnya memakai baju tidur yang seksi.Tujuannya adalah untuk membaiki hubungan antara suami isteri.Kalau anda malu untuk beli di kedai mungkin anda boleh secara online.Anda juga perlu tahu baju tidur yang mana satu sesuai dengan anda.Di bawah ini ada lima jenis baju tidur yang boleh menggoncang suami anda .

5.Brassiere 
Dalam bahasa mudahnya adalah bra.Ada macam-macam jenis dan warna serta design bra.Push up bra kalau nak upkan sikit payudara anda ,yang ada lace atau beropol-ropol.Tapi selalunya sebelum tidur mesti buka bra yang anda pakai tujuannya untuk pengaliran darah dalam payudara anda.

4. Camisole
Selalunya camisole tak ada lengan dan simple sahaja reka bentuk baju tidur ini.Boleh dipadankan dengan thong atau seluar dalam bertali kecil.

– See more at: http://bajudalamseksi4u.blogspot.com/2013/01/5-jenis-baju-tidur-seksi-yang-digemari.html#sthash.F3dVeYP3.dpuf

Posted in Hubungan, Keluarga | Tagged , | Leave a comment

Bagaimana Mahu Cantik Dan Seksi?

We Are Sexy

We Are Sexy (Photo credit: Wikipedia)

Cemburu dengan bentuk tubuh terutama bahagian pinggul selebriti Hollywood atau selebriti tanah air? Mahu kelihatan cantik dan seksi seperti mereka?

Lebih baik, jangan terlalu mementingkan bentuk tubuh yang seksi semata-mata. Paling penting bagi golongan wanita adalah menjaga bahagian reproduksi dengan baik lebih-lebih lagi dari aspek kesihatan.

Maksudnya, jaga otot dan tulang pinggul dengan baik untuk menjamin kesihatannya. Pinggul yang sihat membuatkan anda kelihatan lebih seksi.

Mahu tahu panduan menjaga kesihatan bahagian tubuh badan yang penting?

Ikuti tip dibawah:

Kebiasaan Memberi Kesan

Jika dilihat dari penampilan anda dari bahagian belakang badan, tulang pinggul di bahagian pinggul memberikan bentuk tubuh agar kelihatan lebih berlekuk.

Namun, jika diperhatikan lagi, tulang pinggul ini dibentuk oleh tiga tulang yang saling berhubungan dan ia sangat penting bagi menentukan kebolehan anda untuk melahirkan anak secara normal ataupun sebaliknya.

Menurut pakar, bahagian dalam tulang pinggul ini membentuk seperti ovul dan semakin ke bawah ia membentuk segi tiga. Di bahagian ini, terdapat banyak organ termasuklah organ reproduksi.

Inilah sebab dikatakan bahawa sangat penting untuk menjaga kekuatan tulang ini. Seperti yang kita sedia maklum, kekuatan tulang bakal berkurangan disebabkan pengaruh hormon, terutama apabila meniti ke alam menopause.

Ini kerana, hormone estrogen, selain dapat mempengaruhi kesihatan tulang, memberi pengaruh kepada jantung, kulit dan mata.

Tidak dinafikan, di usia muda kita kelihatan sihat tanpa sebarang risiko penyakit berkaitan tulang atau pinggul. Namun kebiasaan kita sedari muda ini akan memberi kesan ketika usia mencecah 40 ke atas.

Ini adalah kerana, wanita di ambang usia 40-an yang akan menempuh saat-saat menopause akan mengalami kekurangan estrogen. Biasanya, bahagian-bahagian di sekitar pinggul, tulang belakang dan lengan menjadi tumpuan diserang sakit.

Jadi, adalah penting menjaga kesihatan bermula dari usia yang muda.

Kalsium dan Makanan Seimbang

Pengambilan makanan juga penting untuk menguatkan tulang pinggul. Makanan seimbang seperti kandungan lemak, karbohidrat dan protein juga perlu dititikberatkan.

Janganlah anda langsung tidak mengambil lemak dalam makanan anda. Lemak juga diperlukan oleh tubuh, terutama sekali apabila anda aktif dan masih produktif lagi untuk membentuk hormone estrogen dan progesterone, yang boleh mempengaruhi kekuatan tulang.

Antara senarai zat yang disebutkan tadi, sudah tentunya pengambilan kalsium adalah yang paling penting dan perlu dititikberatkan.

Jika selama ini kita fikir hanya susu sahaja yang mengandungi kalsium dan boleh membantu menguatkan tulang, ternyata anda silap sebenarnya. Keperluan kalsium pada individu berbeza dan ia juga bergantung pada faktor usia dan aktiviti seharian anda.

Wanita di usia muda memerlukan lebih kalsium kerana cenderung lebih aktif bergerak dan lebih produktif.

Kalsium bukan sahaja datangnya daripada susu ataupun produk-produk susu seperti keju, tetapi boleh juga hadir di dalam makanan seperti daging.

Jika anda tidak gemarkan susu, boleh juga nikmati makanan lain yang mempunyai kalsium. Jadi, tidak ada alasan lagi untuk anda mengelak.

Elak Jatuh

Masa itu emas.

Tapi jangan salah sangka.

Jangankan kerana memegang prinsip itu, anda melakukan kerja terburu-buru, dan sentiasa cepat hinggakan anda tidak hiraukan soal keselamatan dan kesihatan diri.

Berjalan atau berlari terburu-buru boleh mengakibatkan kemalangan.

Ada juga yang lebih senang menunggang motosikal dengan tujuan mahu menjimatkan masa ke tempat kerja tanpa perlu menghadapi kesesakan lalu lintas.

Bawa diri anda sebaik-baiknya. Maksudnya, berhati-hati ketika berjalan, berlari, mahupun ketika menunggang motosikal. Kerosakan tulang terutama di bahagian tulang panggul, boleh berlaku jika anda terjatuh, ketika menunggang motosikal.

Fungsi tulang pinggul akan berubah dan bengkok hingga menyebabkan bentuk ovalnya lari daripada bentuk asal.

Tentu nampak tidak cantik dan sedikit mencacatkan ‘pemandangan’ bukan?

Kemungkinan lain pula, tulang pinggul yang tidak sempurna tadi, boleh mempengaruhi situasi anda ketika mahu melahirkan anak. Kerana bentuk jalan lahirnya tidak sempurna dan bentuk panggulnya tidak bagus, bimbang nanti anda melahirkan anak dengan cara pembedahan (Caesarean) pula.

Bersenam

Imbas kembali kali terakhir anda bersenam atau olahraga.

Adakah seminggu, sebulan atau setahun yang lalu?

Wah, teruk sangatlah kalau sememangnya sudah setahun anda tidak berolahraga.

Sebaiknya, anda harus mula menyenaraikan latihan olahraga sekurang-kurangnya tiga kali seminggu di dalam rutin anda seharian.

Ini memastikan tulang anda tetap kuat walaupun anda semakin dimakan usia.

Olahraga yang paling penting sekali adalah latihan beban. Olahraga lain seperti jogging, jalan kaki, berjalan atau angkat berat yang boleh memberikan beban terhadap tulang belakang anda juga perlu dilakukan.

Jaga Otot Lain

Bukan sahaja tulang pinggul yang perlu diberi perhatian, tetapi otot pinggul juga perlu dijaga dengan baik.

Otot pinggul ini berfungsi sebagai landasan kepada organ reproduksi termasuk rahim dan ovari.

Rahim yang ada di dalam rongga perut seolah-olah ‘melayang’ tetapi ada tali penggantungnya di sebelah kanan dan kiri, juga dibahagian depan, belakang, atas dan bawah yang menempel di otot.

Jika otot ini kuat, ia bermaksud keadaan organ reproduksi berada di dalam posisinya yang terbaik.

Keadaan otot pinggul untuk wanita berusia 20 – 30 tahun biasanya berada di dalam keadaan yang baik. Justeru, sejak di usia muda lagi lah kita perlu melatih dan memeliharanya agar terus berada dalam keadaan yang sihat dan baik hingga ke tua.

Posted in Wanita | Tagged | Leave a comment

Apakah Tips Memakai Legging?

Legs

Legs (Photo credit: quinn.anya)

Sekarang ini memang ramai yang mengenakan ‘legging’. Seluar yang melekat di kaki ini sudah menjadi ‘hot item’ yang mesti dimiliki oleh mana-mana wanita. Selain daripada boleh digayakan dalam pelbagai cara, pemakaian ‘legging’ juga membuatkan pemakai rasa selesa.

Di pasaran sekarang ini terdapat pelbagai jenis ‘legging’ yang boleh dipilih. Fabrik, corak dan warna memainkan peranan penting dalam menentukan gaya seseorang. Warna yang paling selamat sudah tentulah hitam kerana ia boleh dikenakan dengan sebarang warna baju. Tetapi, jangan membataskan pilihan yang ada. Ketahui tips memilih ‘legging’ yang sesuai untuk tubuh anda.

1. Jika memakai ‘legging’ warna cerah, pastikan anda mengenakannya dengan baju yang berwarna gelap. Begitu juga sebaliknya.

2. Kalau memakai ‘legging’ yang mempunyai motif, jangan padankannya dengan baju yang bercorak. Sebaliknya pilih yang polos.

3. Penting untuk mereka yang memiliki paha berisi atau agak besar, pilih ‘legging’ dengan warna gelap.

4. Pastikan juga baju yang dikenakan labuh menutupi pinggul. Gaun mini dan kemeja longgar antara pilihan terbaik. Jangan pakai baju yang terlalu ketat kerana ia boleh membuatkan anda kelihatan seperti ingin pergi bersenam. Jika masih ingin mengenakan baju ketat, sebaiknya padankan dengan skirt mini atau hot pants supaya penampilan nampak kasual dan bergaya.

5. Kenakan ‘legging’ yang betul-betul padan dengan saiz kaki anda. Bukan yang terlalu ketat atau terlalu longgar. Pasti anda tidak mahu ‘legging’ yang dipakai nanti tiba-tiba koyak ketika sedang melangkah bukan? Kalau terlalu longgar pula, ‘legging’ akan menjadi berkedut-kedut dan ini mencacatkan penampilan.

6. Jika ingin tampil dengan gaya bohemian atau kasual, kenakan kasut mendatar (flat shoes) atau wedges. Namun jika ingin tampil glamor, anda boleh padankan ‘legging’ dengan kasut bertumit tinggi.

Posted in Kehidupan, Wanita | Tagged , , , | Leave a comment