Apa Perbezaan Melahirkan Anak Di Klinik Swasta & Kerajaan?

KLINIK SWASTA

Pemeriksaan semasa hamil anak pertama saya buat di swasta (tapi ambil keputusan untuk bersalin di hospital kerajaan, tak sempat pun nak buat kad merah (buku merah) di klinik kerajaan). Tiba-tiba je anak nak kuar, hehee.. Memang plan nak buat di kampung, tapi tak sempat juga. Pengalaman pemeriksaan di swasta mudah, antaranya:

  1. Tidak perlu tunggu lama sudah dapat berjumpa dengan doktor. Masa lawatan ke klinik lebih pendek dan cepat.
  2. Doktor pula sangat ramah seolah-olah sudah lama kenal. Banyak ilmu sampingan dan info baru dari doktor. Doktor berikan banyak info ketika ditanya. Pendek kata, hati memang rasa seronok semasa buat pemeriksaan.
  3. Dapat memilih doktor, sama ada lelaki atau perempuan (khasnya apabila tiba waktu bersalin)
  4. Dapat layanan yang mesra dan penuh informasi kerana doktor tidak ramai pesakit.
  5. Mahal, kadang kala terlalu mahal dan ada yang seperti tidak masuk akal- seperti kes dalam surat khabar baru-baru ni dan juga pengalaman rakan-rakan siber.

KLINIK KERAJAAN

Kali ini untuk persiapan awal, kami buat keputusan untuk ke klinik kerajaan, mana lah tahu ada kecemasan, jadi tidaklah susah di kemudian hari. Pernah juga terdengar pesakit kena marah sebab tak buat pemeriksaan di kerajaan, tiba-tiba bersalin di kerajaan. Anak pertama dulu mungkin bernasib baik, sebab kali pertama kan.. Dah la sakit, kena marah pula.. hehee. Pengalaman setakat ni:

  1. klinik kerajaan tersangatlah ramai pesakitnya.
  2. Menunggu lebih tiga jam, belum tentu dapat buat apa yang sepatutnya. Pesakit yang ramai membuatkan lebih masa diperlukan untuk pemeriksaan
  3. Kadang-kala tidak dapat berjumpa doktor, kerana tidak sepanjang masa doktor ada.
  4. Untuk proses kelahiran, belum tentu dapat doktor wanita, dan kebanyakannya terdiri dari doktor lelaki. Mana doktor perempuan pergi?
  5. Murah, malah berlipat kali ganda murahnya.

Ada yang nak tambah? Kalau ada, silakan lah ye.. Pada saya masing-masing ada baik buruk kan. Tapi jika berkemampuan, apa salahnya memilih swasta. Berilah peluang kepada mereka yang kurang kemampuan untuk ke klinik kerajaan ni. Lagi satu tak semua pengamal perubatan swasta ni caj mahal-mahal. Pandai-pandailah survey dan pilih mana yang terbaik.

About tudungbawalonline

Saya tidak tahu dan ingin belajar. Nota yang saya baca, saya akan kongsikan kepada anda semua agar ilmunya akan memberi maafaat kepada semua.
This entry was posted in Keluarga. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s