Apakah Cara Terbaik Untuk Memberi Anak Kecil Makan?

1.      Anak berada dalam keadaan selesa

Pangku bayi semasa memberinya makan. Tinggikan sedikit bahagian kepala supaya dia dapat makan dengan lebih selesa. Untuk menjaga kebersihan pakaian bayi anda, gunakanlah bib. Setelah bayi selesa dan boleh duduk, letakkan mereka ke dalam kerusi makan bayi setiap kali tiba waktu makan.

2.      Makanan yang sesuai

Makanan pertama yang anda perkenalkan kepada bayi mestilah benar-benar lembut dan tidak terlalu berperisa. Biasanya, pada peringkat permulaan, bayi akan lebih senang menerima bubur nasi kerana tekstur dan rasanya seakan-akan susu.

3.      Tidak terlalu panas

Makanan bayi tidak perlu terlalu panas dan sejuk. Cukuplah sekadar suam-suam. Selain itu, jangan suapkan terlalu banyak makanan pada satu-satu masa. Beri anak anda makan sedikit demi sedikit. Cara ini akan memudahkan anak untuk belajar menelan makanan dan dalam masa yang sama belajar makan menggunakan sudu dan bukan melalui botol susu.

4.      Bersabar

Pertama kali memberi anak makan memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Anak anda tidak akan mudah menerima makanan yang diberi. Mungkin sebab dia belum biasa untuk makan. Jadi, ambillah masa. Jangan terlalu memaksa. Ajar anak anda makan perlahan-lahan agar semuanya berjalan lancar.

5.      Jaga kebersihan

Pastikan semua peralatan yang digunakan termasuklah makanannya bersih daripada sebarang kekotoran untuk mengelakkan bayi anda sakit perut. Hal ini perlu dipandang serius agar bayi tidak rasa serik untuk makan. Ingat, memberi anak makan adalah untuk menjadikan mereka lebih sihat dan bukan mendapat penyakit.

6.      Pastikan bayi lapar

Ramai berpendapat, waktu terbaik untuk memberi bayi makan ialah selepas mereka bangun daripada tidur pada waktu pagi. Mungkin di antara pukul 10 hingga 11 pagi. Ketika ini, biasanya bayi akan rasa lapar. Untuk mengelakkan bayi terkejut dan rasa selamat, beri mereka minum sedikit susu terlebih dahulu sebelum meneruskannya dengan memberi makan.

About tudungbawalonline

Saya tidak tahu dan ingin belajar. Nota yang saya baca, saya akan kongsikan kepada anda semua agar ilmunya akan memberi maafaat kepada semua.
This entry was posted in Keluarga and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s