Apakah Tips Berguna Bagi Fresh Graduate Mencari Kerja?

1. Register semua website kerja kosong.

Register dan updatelah profile dan resume korang kat website kerja kosong. Contohnya Jobstreet, Jobsmalaysia, Jobcentral, Jenjobs &  Mudah.my.

2. Subscribe blog atau website yang bagi info mengenai kerja kosong. 

Contohnye blog Jawatan kosong kerajaan dan Oh job. Kalau korang subscribe lagi mudah sebab kerja kosong yang updated akan terus masuk directly ke email korang. Lagi mudah korang nak alert kerja kosong yang terbaru.

3. Berminat nak kerja di syarikat besar seperti MAS, PETRONAS, SIME DARBY, HICOM dan sebagainya . 

Korang kenalah register di website syarikat tersebut. Kalau tak tahu website dorang gunalah google ye. Jangan fikir syarikat besar peluang untuk dapat kerja kat situ tipis. Belum cuba belum tahu. Kalau dapat panggil interview dah kira bertuah sebab bukan semua orang berpeluang dapat panggil interview. Itu adalah pengalaman berharga untuk korang. Tapi pastikan cgpa korang lepas 3.00 untuk apply kerja kat syarikat macam ni ye.

4. Jangan cepat putus asa. 

Bila dah banyak apply kerja tapi masih belum di panggil interview. Mungkin korang ada silap isi atau update profile korang. Cek la balik kerja yang penah korang apply tu. (Refer notes yang korang dah save setiap kali apply keja tu).

5. Take note setiap kali isi form.

Kalau korang tak pasti masa isi form korang tanyalah mak ayah abang sedara sepupu atau sesape yang boleh membantu korang. Jangan malu untuk bertanya sebab tu sume untuk masa depan korang jugak.

6. Bagi yang ada degree jangan terus mitak kerja pangkat pegawai. 

Kita hanya fresh graduate yang takde pengalaman kerja jadi janganlah salahkan syarikat kalau tak amik korang kerja. Sebab untuk kerja pangkat pegawai pengalaman memang sangat penting.

7. Jangan terlampau harapkan kerja kosong dari website kerja je. 

Korang kena cari inisiatif lain. Contohnye pegi terus mana-mana syarikat yang korang nak cari kerja. Jangan pegi lenggang kangkung je bawaklah resume korang dan cover letter sekali. Sebab sesetengah sayrikat lagi utamakan resume yang dah anta terus kat dorang sebab tak yah susah-susah dorang iklan kan kerja kosong dah. Dorang tak kan panggil interview terus sebab tu sume berdasarkan keja kosong yang ada kat syarikat dorang. Mungkin amik masa jugak nak tunggu dorang panggil interview. Tapi sekurang-kurangnya korang dah mencuba jadi selebihnya tunggu dan berdoalah. Miss Yaty sendiri dah cuba dan majoriti syarikat yang Miss Yaty anta resume tu call Miss Yaty untuk interview. Jadi korang kena cubalah jugak ye.

About tudungbawalonline

Saya tidak tahu dan ingin belajar. Nota yang saya baca, saya akan kongsikan kepada anda semua agar ilmunya akan memberi maafaat kepada semua.
This entry was posted in Alam Kerja and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s