Kenapa Pasangan Anda Menolak Seks?

1 Keletihan
Terlalu penat dengan tugas seharian dan juga bebanan di tempat kerja boleh menjadi punca. Akibatnya terlalu banyak masa dihabiskan di tempat kerja, tempiasnya sudah tentu akan dirasai oleh anda sebagai isteri. Suami yang kepenatan pastinya tidak akan mempunyai tenaga melayani hasrat seks isteri. Bagi mereka jika hubungan seks dilakukan dalam keletihan ia sudah tentu akan mengecewakan dan menghampakan pasangannya.

2 Faktor kesihatan
Mungkin suami anda berada dalam keadaan tidak sihat hingga mengakibatkan nafsu seksnya menurun. Perkara sedemikian perlu diambil perhatian. Ada kalanya masalah kesihatan yang dialami oleh pasangan masing-masing tidak ditunjukkan tetapi didiamkan sahaja Walaupun hanya disebabkan pening kepala atau sakit perut, ia tetap akan memberi kesan terhadap nafsu seks. Jadi sebelum anda berfi kiran negatif tentang penolakan seks dari suami tanyakanlah tentang keadaan dirinya terlebih dahulu.

3 Tidak selesa
Penolakan mungkin juga disebabkan keadaan tidak selesa yang dirasai oleh suami. Mungkin kerana keadaan dirinya yang terlalu lapar atau terlalu kenyang. Keadaan persekitaran seperti terlalu panas atau tidak tenang kerana anak masih belum tidur juga mungkin menjadi punca mengapa si dia menolak kehendak anda. Sebagai isteri anda haruslah bijak menyesuaikan masa dan keadaan pasangan anda sebelum mengambil keputusan untuk mempelawa suami mengadakan hubungan seks. Jika tidak ia mungkin berakhir dengan perasaan kecewa.

4 Perjalanan jauh
Jarang suami menolak permintaan seks daripada isteri melainkan dirinya betul-betul tidak berkemampuan untuk melakukannya. Keletihan yang amat sangat akibat perjalanan jauh boleh jadi penyebabnya. Sekiranya setelah suami memandu jauh dan pada malam harinya menolak ajakan, anda seharusnya memahami dan biarkan pasangan anda berehat saja.

5 Terlalu kerapAda juga pasangan yang enggan ataupun terpaksa menolak ajakan pasangannya untuk melakukan seks kerana mereka terlalu kerap mengadakan hubungan badan. Ia menimbulkan rasa jemu dan keletihan pada pasangan. Seelok-eloknya dalam seminggu, anda melakukan hubungan seks satu atau dua kali sahaja.

6 Rawatan atau pengambilan ubat-ubatan
Ubat anti kemurungan dan ubat penurun tekanan darah sering kali menjadi penyebab hilangnya nafsu seks bagi lelaki. Ia juga sering dikatakan penyebab berlakunya disfungsi seksuali pada kaum ini.

7 Kurang tidur
Ketika lelaki mencecah umur kematangan atau dua puluhan, keinginan melakukan seks kadang kala melebihi minat tidur, apatah lagi jika baru mendirikan rumahtangga. Pukul 3 pagi pun mereka sanggup mengejutkan pasangan utnuk seks apabila sedang membara. Tapi seiring dengan pertambahan usia dan temoh perhubungan itu sendiri, minat untuk ebrhubungan intim juga semakin surut. Apatah lagi kepenatan bekerja dan kurang tidur.

8 Tekanan atau stres 
Perkara ini selalu menjadi penghalang urusan seks. Stres berpunca daripada pelbagai hal seperti masalah kewangan, penyakit serius yang dihadapi anggota keluarga, perubahan di tempat kerja, dilema keluarga dan istu yang melibatkan keluarga besar. Tapi penyebabnya bukan setakat itu saja, masih banyak perkara lain yang berpotensi untuk menjadi sumber stres.

9 Kadar hormon 
Stimulasi sisiologis yang terpenting terhadap minat seksual adalah hormon testosteron. Terlalu banyak prolaktin dan SHBG (sex hormone binding globulin) dapat menghalang nafsu untuk hubungan intim. Jadi, jika alasan hormon menjadi punca masalah, maka ujian darah untuk memeriksa tahap hormon testosterone, prolaktin, SHBG diperlukan.

10 Takutkan keintimanMungkin kedengaran agak aneh tapi hakikatnya ada sebilangan lelaki yang takut dengan keintiman kerana pengalaman tidak menyenangkan di masa lalu. Mungkin kerana diliwat atau sebagainya.

11 Masalah identitiApabila seseorang lelaki mengalami ketidakpastian mengenai fungsinya di dunia, dalam keluarga, lebih-lebih lagi pada pasangan, maka minatnya terhadap seks juga ikut terhakis. Ia selalu dikaitkan sebagai masalh kemurungan atau depresi. Masalah identiti ini selalunya berlaku apabila seseorang lelaki kehilangan pekerjaan, salah satu anggota keluarga meninggal, serta pertanyaan demi pertanyaan mengenai orientasi seksualnya. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan nafsu seks semakin menurun atau mungkin langsung hilang.

12 Hati tersinggung
Seperti wanita, hati lelaki juga akan terasa bila menyentuh perkara-perkara tertentu yang tidak menyenangkan hatinya. Bila perasaan tersentuh atau tersinggung, lelaki akan memilih tidak melakukan seks sebagai cara menunjukkan rasa tidak puas hatinya. Perkara yang mungkin membuatkan seorang lelaki tersinggung antaranya adalah sikap pasangan yang suka mencela ataupun menjatuhkan air mukanya.

13 Berbeza pendapatLelaki juga akan memberontak dan ia akan melampiaskannya dalam bentuk ‘puasa bercinta’ apabila berbeza mendapat ataupun bertengkar dengan pasangan. Sebahagian lelaki memilih ‘menghukum’ pasangan dengan tidak melakukan aktiviti di tempat tidur hingga konflik selesai.

14 Masturbasi
Lelaki yang kerap melakukan masturbasi akan merasakan mereka tidak memerlukan pasangan untuk memuaskan nafsunya. Aktiviti ini semakin menjadi-jadi terutama sejak perkembangan teknologi informasi. Ia menjadi masalah jika terlalu asyik melakukannya sehingga melupakan pasangan sendiri.

15 Fungsi seksual terganggu
Terdapat lelaki yang mengalami disfungsi ereksi, ejakulasi awal ataupun lambat, akan menghindari seks dengan pasangannya. Bagi lelaki ini, daripada kecundang sebelum ‘berperang’, lebih baik tidak memulakan langsung.

About tudungbawalonline

Saya tidak tahu dan ingin belajar. Nota yang saya baca, saya akan kongsikan kepada anda semua agar ilmunya akan memberi maafaat kepada semua.
This entry was posted in Keluarga and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s