Bagaimana Mahu Wanita Berfesyen?

Bertubuh Rendah
Perlu berhati-hati dengan pakaian yang berjalur-jalur dan tali pingang yang terlalu kecil. Pakaian yang terdiri dari warna-warna kontra dan jalur vertikal dan menyerong boleh membuatkan anda kelihatan lebih langsing. Elakkan pakaian yang bermotif/corak terlalu banyak. Pilihlah tops yang mempunyai garis pinggang yang lebih tinggi. Hindarilah warna yang terlalu terang,sebaiknya pilihlah warna beige,hitam atau pastel. Jika tidak mahu badan melebar,pilih pakaian yang mempunyai motif kecil. Untuk seluar, pilih yang berpotongan lurus atau wide leg. Elakkan memakai kasut dengan tali-temali melingkari betis, anda boleh nampak lagi pendek.
Bertubuh Tinggi
Boleh mengenakan tali pinggang lebar,elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat, skirt yang terlalu panjang atau pendek. Seluar panjang potongan hipster paling tepat. Jika pinggang berisi, lebih baik kenakan seluar panjang model ‘full cut’ (pinggang tinggi) dan hindari seluar berpotongan baggy atau yang mengecil di hujung. Untuk top,sebaiknya tops labuh yang melepasi pinggang. Elakkan tali pinggang yang terlalu ketat. Kasut bertumit tinggi melebihi 5 inci juga tidak digalakkan.
Bertubuh Gempal
Warna biru navy,hitam atau merah tua akan membuatkan anda lebih langsing. Untuk tampil ’slim n chic’, jangan sesekali memilih baju longgar utk menyembunyikan lemak di badan. Baju berleher V boleh membuatkan anda nampak lebih kurus. Hindari skirt di bawah paras lutut atau skirt midi separas betis. Ia membuatkan anda seperti terpotong dan anda akan kelihatan lebih berisi dan pendek. Untuk pemilihan beg tangan, pilih aksesori berbentuk segiempat agar memberi efek lebih ringan. Kasut platform yang sangat tebal tidak sesuai untuk anda. Sebaiknya, pilih kasut bertumit ramping dan selesa.
Bertubuh Besar di Bahagian Atas
Perlu memilih jaket panjang tanpa span bahu untuk menyeimbangkan bahagian atas dan bawah badan. Elakkan blaus/kemeja berpotongan ‘ruffles’ atau ‘detail’ yang keterlaluan. Tops berpotongan silang boleh memberi ilusi yang lebih ramping. Jika ingin mengenakan aksesori, skarf boleh merampingkan tubuh bahagian atas. Pakai seluar atau skirt yang mempunyai lipatan atau kedutan supaya pandangan lebih tertumpu ke bahagian bawah badan. Kasut bertapak rata merupakan pilihan yang baik.

About tudungbawalonline

Saya tidak tahu dan ingin belajar. Nota yang saya baca, saya akan kongsikan kepada anda semua agar ilmunya akan memberi maafaat kepada semua.
This entry was posted in Wanita and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s