Apakah Tips Membeli Pakaian Bayi?

Menunggu kelahiran cahaya mata sememangnya penuh dengan debaran apatah lagi sekiranya ia anak sulung. Selain melengkapi diri dengan persedian mental, ibubapa sudah pasti teruja untuk memilih pakaian-pakaian yang mereka fikir sesuai untuk cahaya mata mereka nanti. Di dalam keasyikan memilih pakaian bayi adakalanya kita terleka membuat pilihan sehinggakan berlakunya pembaziran. Memandangkan bayi cepat membesar maka adalah baiknya kita membuat perancangan sebelum memilih pakaian yang sesuai untuk mereka. Di sini saya ingin berkongsi tip-tip  membeli pakaian bayi.

Keselesaan
Jangan memilih dan membeli baju kerana cantik pada pandangan mata semata-mata sebaliknya fikirlah faktor keselesaan untuk si manja anda sama. Sebagai contoh; pilih lah baju dari fabrik yang lembut dan diperbuat dari kapas 100%. Selain itu pastikan juga rekaan baju tersebut longgar dan bukaan leher yang luas agar tidak mencekik.

Mudah
Pastikan juga pakaian bayi anda fleksibel dan praktikal. Iaitu ia mudah dibuka dan dipakaikan kepada bayi. Bayi kerap membuang air jadi kita akan kerap menukar lampin maka seharusnya pakaian yang pakai haruslah mudah untuk dibuka dan dipakaikan semula agar bayi anda sentiasa selesa.

Kesesuaian saiz
Juga pastikan anda membeli pakaian bayi mengikut saiz yang bersesuaian. Adalah digalakkan membeli saiz baju yang lebih besar sedikit dari saiz badan bayi anda. Ini sudah tentunya menjimatkan anda kerana pakaian ini boleh dipakai dalam jangka masa yang lama.

Corak dan aksesori
Tidak dinafikan kita akan mudah tertarik pada corak pakaian bayi yang comel lagi fancy itu. Jika pakaian itu mempunyai aksesori tertentu pastikan aksesori itu tidak terlalu sarat sehingga mengganggu pergerakan bayi anda. Jangan untuk kelihatan cantik nanti jari si comel anda tersangkut pada juntaian aksesori yang terdapat pada pakaian yang anda beli.

About tudungbawalonline

Saya tidak tahu dan ingin belajar. Nota yang saya baca, saya akan kongsikan kepada anda semua agar ilmunya akan memberi maafaat kepada semua.
This entry was posted in Kehidupan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s