Apakah Itu Bayi Demam Malam?

Yup!! artikel saya kali ini adalah tips bagaimana saya menangani bayi demam terutamanya pada waktu malam. Biasanya waktu siang kita lebih senang menguruskan bayi kerana boleh bawa baby dekat luar rumah untuk pengudaraan yang baik… terutamanya bila baby dah naik manja sangat. Bawa baby dekat luar. Biar baby anda melihat sekeliling.

Macamana waktu malam bila baby dah naik manja sangat. Takkan nak bawa keluar kot… Baby biasanya meraung sebab tak selesa dengan demam. Kenalpasti sebab baby anda demam. Adakah kerana jangkitan selesma atau sedang melalui proses pertumbuhan gigi. Kebanyakan pakar bersetuju bahawa proses pertumbuhan gigi tidak menyebabkan demam, tetapi kebanyakan ibu mengadu bayi mereka mengalami demam semasa proses ini.

Persediaan saya untuk menangani demam anak waktu malam ialah termometer untuk mengesan suhu bayi, besen air serta tuala basah, cool fever dan sirap paracetamol yang telah dipreskripsi kan oleh doktor. Jangan bagi bayi anda makan ubat tanpa sukatan yang betul!

Terpulanglah pada anda samada ingin memilih termometer digital ataupun manual. Keputusan termometer digital memang lebih pantas tetapi kena lah bijak membeli termometer. Sesetengah termometer digital hanya menyukat panas bayi secara luaran sahaja. (only detect heat) Tetapi tahukah anda sesetengah penyakit sawan yang dialami pada bayi disebabkan panas yang tinggi dalam badan.. tetapi luar badan kanak-kanak ini sejuk dan biasa sahaja.

Objektif kita adalah memastikan suhu bayi di bawah 37’celcius. Iaitu, 36 hingga 36.5’celcius….. Jangan pula terlalu rendah. Suhu 37’celcius masih normal tetapi cuba sentuh bayi anda. pasti anda masih terasa badannya sedikit panas. Objektif ini bertujuan mengelak bayi kita terkena febrile fit. Iaitu sawan akibat demam terlalu tinggi. Ini boleh mengakibatkan kematian pada sel-sel otak baby.

Bahagian yang paling penting semasa demam pada bayi ialah kepala kerana bahagian ini yang mengawal suhu badan. Saya letakkan kain basah pada dahi bayi…kain ini jangan gunakan air yang terlalu sejuk, elak bayi anda terkejut. Gunakan air biasa je.. Lapkan badan bayi anda untuk menurunkan suhu. Jangan lupa bahagian belakang bayi anda sebab bahagian ini lebih panas berbanding bahagian tubuh lain disebabkan terperap… Jika anda tidak mahu mengejutkan bayi anda, lekatkan cool fever di bahagian ini. Tak payah lah nak pusingkan badan anak berulang kali untuk mengelap badannya.

Elak balut bayi anda dengan kain tebal. Saya pernah mencuba cara ini disebabkan saranan seorang teman. Memanglah bayi saya berpeluh dan badannya telah kurang panas. Tetapi suhu badannya masih tak berubah. Tak efektiflah buat saya.!

Tak perlulah anda berjaga sepanjang malam kerana risaukan demam anak. Baby akan bangun beberapa kali setiap malam untuk menyusu. Masa ni lah korang kena cek suhu dan lakukan tepid sponging (lap badan bayi) jika suhu bayi naik semula… peluh anak anda akan keluar dengan sendirinya dalam tempoh 15minit.

Jangan lupa beri bayi anda makan ubat setiap 4jam bagi ubat demam seperti yang telah dipreskripsikan oleh doktor. Anda juga boleh menggunakan ubat sumbat demam melalui punggung ataupun lebih dikenali sebagai supp pcm...tetapi pastikan anda telah mendapatkan nasihat doktor juga mengenainya….!

Bagaimana dengan pakaian anak anda? Jika cuaca sejuk, bagilah bayi anda pakai pakaian yang nipis ataupun mempunyai pengudaraan udara yang baik. Saya cuma bagi baby gunakan seluar pendek yang menutupi pusat je. Tetapi ini adalah semasa cuaca agak panas, bagi bayi berpeluh dengan selesa dan lap badan bayi anda dengan tuala kering.

Beri bayi anda minum air suam secukupnya sebab bayi mengalami dehidrasi yang tinggi akibat berpeluh. Saya seorang ibu yang menyusukan bayi tetapi semasa proses demam ini saya tidak bergantung kepada susu ibu semata-mata. Walaupun susu ibu mengandungi peratusan air yang tinggi tetapi ianya masih berbeza dengan air putih biasa… Air putih membantu mengurangkan panas dalam badan terutamanya jika diberi berulang kali kerana menggalakkkan bayi kencing lebih kerap.

Elakkan dari memasang kipas ataupun menggunakan air-con.. Panas bayi anda dikhuatiri terperap dalam badan kerana tidak berpeluh.

Kadangkala demam bayi pasang surut dan mengambil tempoh beberapa hari untuk sembuh. Baby saya mengalami pasang surut demam selama 4 hari juga. Memang tak cukup rehat juga dibuatnya…
Dalam tempoh ni kenalah banyak bersabar dan paling penting berusaha maintain suhu baby di bawah 37’celcius…!

About tudungbawalonline

Saya tidak tahu dan ingin belajar. Nota yang saya baca, saya akan kongsikan kepada anda semua agar ilmunya akan memberi maafaat kepada semua.
This entry was posted in Kehidupan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s