Apakah Itu Demam Kuning?

Demam kuning atau jaundis (dalam istilah perubatan) terjadi hampir 60-70 peratus pada bayi yang baru lahir. Ia terjadi apabila bilirulin iaitu pigmen kuning yang terhasil ketika penguraian normal sel darah merah.

Bila bayi mudah diserang demam kuning?

Biasanya berlaku dari hari pertama hingga ke-4 tetapi bergantung kepada jenis demam kuning. Sekiranya selepas 14 hari bayi anda tidak ada tanda-tanda diatas, mungkin bayi anda terselamat dari terkena penyakit utama bayi yang baru lahir ini.

Apakah punca demam kuning?

1. Masalah serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal.
2. Kurang diberi susu ibu.
3. Jangkitan atau kelahiran yang trauma

Apakah Rawatan Demam Kuning?

Tahukah anda antara rawatan yang akan diberikan sekiranya si bayi tadi dikenalpasti menghidap demam kuning adalah fototerapi
– penggunaan cahaya bililight (bukan dengan cahaya matahari) Bayi dibogelkan, mata mereka ditutup dan diletakkan dibawah cahaya bililight dan akan diteruskan sehingga bilirubin menurun.
– Dalam kes tertentu, penukaran darah bayi akan dijalankan kerana ini langkah yang cepat jika

Bagaimana Mengenalpasti penyakit demam kuning:

1. Jika bayi anda asik mengantuk, kerap tidur, tidak kerap membuang air besar dan kurang menyusu seperti biasa sila periksa kulit bayi anda.
2. Pemeriksaan sendiri boleh dilakukan dengan menekan kulit bayi dibawah cahaya yang banyak.
– Tekankan secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada.
– Sekiranya ada kesan kekuningan selepas jari diangkat, bayi anda mengalami demam kuning.
– Jika yang berkulit gelap, periksa pada gusi atau mata putih. Jika warna kekuningan sila dapatkan rawatan selanjutnya diklinik-klinik berhampiran
3. Darah bayi diambil untuk mengetahui kandungan bilirulin. Sekiranya kandungan bilirulin tinggi dalam darah pengawasan rapi doktor diperlukan.

Kesan Demam Kuning Terhadap Bayi Jika Serius Tanpa Rawatan Yang Betul:

1. Pendengaran bayi akan terjejas
2. Proses perkembangan otak bayi akan terganggu.

Risiko Demam Kuning adalah tinggi sekiranya:

1. Bayi yang kurang disusukan selepas dilahirkan.
2. Bayi lahir pramatang (sebelum 28 minggu)
3. Darah ibu dan bayi yang baru dilahirkan berlainan
4. Sejarah adik beradik si bayi yang pernah mengalami demam kuning.
5. Mempunyai kesan lebam ketika lahir akibat penggunaan oxytocin (ubat mempercepatkan kelahiran)
6. Jangkitan atau kelahiran yang trauma .

About tudungbawalonline

Saya tidak tahu dan ingin belajar. Nota yang saya baca, saya akan kongsikan kepada anda semua agar ilmunya akan memberi maafaat kepada semua.
This entry was posted in Kehidupan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s