Apakah Mitos Ramalan Tentang Jantina Anak Dalam Kandungan?

Selalunya bila dah disahkan mengandung, mesti dalam hati tertanya-tanya jantina bayi kita lelaki atau perempuan. Tak kisah pun sebenarnya jantina tu. Yang buat rasa nak tahu tu meluap-luap sebab lagi seronok rasanya bila nak keluar shopping barang baby kalau dah tahu jantina. Hihi. Ada beberapa kaedah bagi meramal jantina bayi dalam kandungan. Jom tengok.
1. Naluri Ibu

Mitos : Ramalan ibu tentang jantina bayi biasanya lebih tepat daripada suami atau saudara-mara lain.
Fakta : Ramalan paling tepat sudah tentu berpandukan pada keputusan ultrasound. Tetapi jika bergantung kepada naluri, 71% tekaan seorang ibu sentiasa betul.
Pengalaman MP : Sejak mula dah ada firasat baby ni baby boy. Sebab tak sama langsung dengan keadaan masa mengandung baby pertama dulu. Tapi mungkin kah firasat tu lebih kepada keinginan sebenarnya? Yelah, dah ada baby girl, mestilah nak ada baby boy pula kan ^^

2. Berat Badan Suami

Mitos : Jika berat badan suami bertambah semasa mengandung, maka bayi yang dikandung ialah bayi perempuan. Jika berat badan suami adalah sama atau berkurang, maka bayi yang dikandung ialah bayi lelaki.
Fakta : Kajian di Denmark membuktikan sebahagian besar lelaki memang tidak mengalami kenaikan berat badan semasa isterinya mengandung bayi lelaki. Tidak diketahui puncanya, tetapi hanya 5 di antara 100 lelaki yang menjadi lebih gemuk semasa isterinya mengandung anak lelaki.
Pengalaman MP : Masa baru kahwin dulu, mengandung baby girl. Masa tu memang suami naik berat badannya. Tapi rasanya sebab hari-hari kitorang makan luar atau makan kat rumah nak banding waktu bujang dulu yang kena ikat perut sebab nak kumpul duit nak kawin. erk. Sekarang baby boy berat badan suami maintain je, tak naik tak turun. Ada kaitan ke?

3. Mengidam

Mitos : Jika ibu lebih kerap mengidamkan makanan manis, termasuk coklat, maka bayi yang dikandung ialah bayi perempuan. Jika ibu lebih kerap mengidamkan makanan masin, maka bayi yang dikandung ialah bayi lelaki.
Fakta : Tiada data untuk membuktikan mitos ini, kebanyakan teori lebih mengaitkan pilihan makanan semasa mengidam dengan keperluan nutrisi. Sebagai contoh, apabila badan memerlukan lebih banyak garam, ibu akan mengidamkan makanan masin.
Pengalaman MP : Masa mengandung baby girl, memang suka makan coklat. Benda manis-manis, sebab tu badan naik melampau-lampau sampai 88kg. Haha. Pengalaman baby boy ni lebih suka makan benda masam berbanding yang masin. Suka sangat letak buah tomato banyak-banyak dalam masakan ^^

4. Bentuk Muka Ibu

Mitos : Jika bentuk muka ibu menjadi lebih bulat, maka bayi yang dikandung ialah bayi perempuan.
Fakta : Hampir semua ibu mengalami kenaikan berat badan sepanjang kehamilan sehingga bentuk muka menjadi lebih bulat, tidak kira bayi lelaki atau perempuan. Kajian di Perancis membuktikan jerawat adalah lebih berkaitan dengan jantina bayi. Dalam kajian itu, 90% daripada ibu dengan jerawat pada muka mereka lebih cenderung untuk mendapat bayi perempuan.
Pengalaman MP : Masa baby girl, berat badan naik melampau, muka jadi sembab. Untuk baby boy, sama je berat naik sampai 83kg, tapi muka tak sembab tapi masih nampak bulat juga. Bab jerawat tu, memang dari dulu jarang ada masalah kulit muka.

5. Degupan Jantung

Mitos : Ibu yang mengandung bayi lelaki mempunyai degupan jantung purata di bawah 140/minit, manakala jika bayi perempuan degupan jantung mereka adalah di atas 140/minit.
Fakta : Kajian membuktikan bayi perempuan memang cenderung memiliki degupan jantung yang lebih tinggi, namun perbezaan itu hanya dapat diukur setelah bayi dilahirkan, bukan pada nadi ibu yang mengandung.

6. Perbezaan saiz payudara

Mitos : Jika payudara kanan adalah lebih besar maka bayi lelaki, jika payudara kiri adalah lebih besar maka bayi perempuan.
Fakta : Perubahan hormon dan pengeluaran susu membuat saiz payudara yang lebih besar semasa mengandung. Tetapi tidak ada bukti bahawa perbezaan dalam saiz payudara kiri dan kanan dikaitkan dengan jantina bayi.

7. Morning Sickness

Mitos : Jika morning sickness ibu sangat teruk, kemungkinan besar bayi perempuan. Jika tiada morning sickness atau tidak terlalu teruk kemungkinan bayi lelaki.
Fakta :Perbezaan hormon yang dihasilkan oleh janin perempuan dan lelaki yang disyaki menyebabkan perbezaan dalam tahap morning sickness. Penyelidikan di Sweden antara 1987-1995 tahun membuktikan bahawa mitos adalah benar.
Pengalaman MP : Masa mengandung baby girl, hari-hari muntah. Masuk dapur muntah. Masuk bilik air muntah. Masuk kereta muntah. Makan vitamin pun muntah. Tapi dengan baby boy ni, memang tak de morning sickness. Alahan macam kulit gatal-gatal pun tak de. Kaki bengkak pun tak de. Senang kata semua pun dipermudahkan. Alhamdulillah.

8. Suhu di tapak kaki

Mitos : Jika tapak kaki ibu selalu sejuk, kemungkinan besar bayi lelaki.
Fakta : Kajian telah dilakukan oleh Dr Alexander Nachnamen, Jerman. Ibu yang mengandung bayi lelaki lebih kerap mengalami gangguan peredaran darah sehingga tapak kaki terasa sejuk.
Pengalaman MP : Masa mengandung baby girl, satu badan rasa panas je. Asyik berpeluh-peluh. Heaven je kalau duduk dalam aircond. Tapi masa baby boy ni, rasa biasa je. Malam-malam je selalu terbangun sebab kesejukan.

Orang tua-tua kata, kalau mengandung bayi perempuan, muka ibu hilang seri sebab seri pergi ke anak yang dikandung. Maybe ada kaitan dengan morning sickness la kot kan?

About tudungbawalonline

Saya tidak tahu dan ingin belajar. Nota yang saya baca, saya akan kongsikan kepada anda semua agar ilmunya akan memberi maafaat kepada semua.
This entry was posted in Hubungan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s