Apakah Itu Bengkak Susu Selepas Bersalin?

Bengkak susu kerap kali dialami oleh ibu yang baru melahirkan.  Biasanya selepas seminggu bersalin, susu ibu akan menjadi semakin banyak. Tanda-tanda anda mengalami bengkak susu atau engorgement ialah apabila payudara berasa sangat membengkak, sakit, berdenyut, terasa berketul serta berasa penuh, berat dan tidak selesa. Kadang-kala bengkak itu sampai ke bawah ketiak.  Jika bengkak itu agak serius, anda juga mungkin akan mengalami demam. Walaubagaimanapun, keadaan ini adalah bersifat sementara sahaja.

Bengkak susu atau engorgement ini boleh berpunca daripada:

  • Kegagalan ibu mengosongkan payudara dengan kerap samaada melalui penyusuan terus (direct feeding) atau melalui penggunaan pam susu.
  • Posisi lekapan(latch on) yang tidak betul.  Susu tidak dapat keluar dengan banyak jika bayi tidak latch on dengan betul.

Sedikit tips dan petua atasi bengkak susu:

  • Pakailah coli/bra yang benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.  Elakkan memakai bra yang mempunyai dawai sokongan.
  • Tuam payudara yang bengkak dengan tuala yang dibasahkan dengan air suam atau boleh juga masukkan air panas dalam botol susu, balutkan dengan beberapa lapis kain sebelum dituam pada payudara yang bengkak.
  • Urut bahagian yang bengkak secara perlahan-lahan, dari bawah ketiak hingga ke bahagian puting payudara dengan menggunakan tangan atau sikat.  Boleh rujuk di sini.

  • Cara terbaik mengatasi masalah bengkak susu ialah dengan menyusukan bayi anda dengan lebih kerap. Kerapkan sesi penyusuan, iaitu pada setiap 2 atau 3 jam.
  • Susukan bayi anda di kedua-dua belah payudara.  Jika bayi telah kenyang sebelum payudara terasa kosong, sambung penyusuan yang seterusnya pada payudara yang terhenti tadi.  Jika tidak terlalu sakit, boleh juga terus menggunakan pam susu untuk mengosongkan payudara anda.
  • Sambil menyusukan bayi secara terus, urut sebelah payudara yang bengkak secara perlahan-lahan.
  • Ambillah paracetamol atau ibuprofen untuk mengurangkan rasa sakit akibat bengkak susu.

Jika bengkak tidak berkurangan, segeralah berjumpa doktor.  Jangan dibiarkan lama-lama kerana dikhuatiri boleh mendapat infeksi yang membawa kepada masalah mastitis.

About tudungbawalonline

Saya tidak tahu dan ingin belajar. Nota yang saya baca, saya akan kongsikan kepada anda semua agar ilmunya akan memberi maafaat kepada semua.
This entry was posted in Wanita and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s