Apakah Itu Demam Kuning?

Demam Kuning atau dipanggil jaundis ini lebih kurang 50% ke 60% bayi lahir cukup bulan mengalami jaundis semasa minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas lahir.
Ianya kerap berlaku kepada bayi pada bayi lahir tidak cukup bulan. Namun hampir kesemua bayi baru lahir mengalami jaundis tetapi tidak kelihatan dengan jelas.
Ada sesetangah bayi, ia berlaku sekejap je, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau hilang dengan rawatan ringkas sahaja. Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh jadi serius dan perlu diberi perhatian.
Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda sepert bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagian bawah badan. Bayi jaundis juga akan kerap tidur.
APAKAH PENYEBAB JAUNDIS?
Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di abwah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.
Ketika bayi dalam perut ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi.
Biasanya berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor pakar.
RISIKO ADALAH LEBIH TINGGI UNTUK BAYI MENGLAMINYA JIKA MEMPUNYAI PENYEBAB BERIKUT:
  • Bayi lahir pra matang
  • Darah ibu dan bayi yang berlainan
  • Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
  • Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
  • Etnik Asia
  • Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran
JENIS-JENIS JAUNDIS
Adalah penting mengenali jenis-jenis jaundis. Setiap jenis jaundis menyebabkan kesan dan mempunyai rawatan yang berbeza.
1. JAUNDIS NORMAL/PHYSIOLOGIC
  • Bayi baru lahir
  • Etnik tertentu seperti Cina, Jepun, Korea (Asia)
  • Bayi yang kurang menyusu beberapa hari selepas dilahirkan
  • Tidak kerap membuang air besar
  • Mula kelihatan selepas hari 2 – 4 selepas lahir dan biasanya hilang sendiri selepas 1 ke 2 minggu
     RAWATAN
  • Tidak memerlukan rawatan phototerapi
  • Menyusukan bayi dari awal dan kerap
  • Elakan mengambil air tambahan
  • Galakan bayi berjaga dan menyusu setiap 2 jam
  • Jika bayi tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari 3 kali sehari, cuba perah susu menggunakan tangan atau pam. Dan berikan menggunakan cawan, sudu atau syringe. Jangan menggunakan botol kerana bayi anda akan keliru dengan puting getah ketika peringkat ini.
  • Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus. Buka pakaian dan diaper dan letak di dalam bilik yang terdapat banyak cahaya. Kulitnya sensitif jangan diletakkan secara terus kepada cahaya.
  • Elakan ubatan seperti aspirin dan dadah sulfa. pastikan doktor tahu dadah yang diambil, jadi anda boleh hentikan atau mencari peganti yang lain jika ubat adalah penyebabnya
2. JAUNDIS PATHOLOGIC
  • Berlainan jenis darah ibu dan bayi (kerap berlaku) apabila ibu berdarah jenis O atau Rh negetif
  • Kelahiran pra matang
  • Pembedahan caesarean
  • Infeksi
  • Kerosakan hati akibat rubella
  • Siplis atau toxoplasmosis
  • Mula dikesan dari hari pertama kelahiran dan meningkat dengan mendadak
  • Maalah Rh juga pernah menyebabkan jaundis yang teruk. Kini dapat dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh pada ibu dalam tempoh 72 jam selepas kelahiran
    RAWATAN
  • Perlu mendapat rawatan SEGERA
  • Penyusuan badan perlu diteruskan
  • Rawatan secara phototerapi. Bayi akan mengantuk dan lemah untuk menyusu. Anda mungkin memerlukan pam untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuk bayi anda
3. JAUNDIS SUSU IBU
  • Dari susu ibu yang terhasil menyebabkan kelewatan atau memanjangkan tempoh membuangan lebihan bilirubin melalui usus
  • Bermula dari hari ke minggu ke 2 dan hilang selepas 3 hingga beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian
  • Mendapat susu yang mencukupi, bayi masih mendapat jaundis
  • Jika kadar bilirubin meningkat, doktor mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama 2 ke 3 hari
  • Dalam masa cuti, anda bolehlah memerah susu bagi mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun
    RAWATAN
  • Penyebabnya kurang dapat dipastikan
  • Bayi boleh diberi susu formula buat seketika
  • Tahapnya akan turun dan meningkat semula apabila menyusu badan
  • Tidak patut memberhentikan penyusuan badan kerana susu badan adalah susu yang terbaik
ADAKAHNYA IANYA MERBAHAYA?
Kebiasaannya kes jaundis tidak merbahaya. Namun jika tahapnya tinggi dan dibiarkan tanpa rawatan ia akan menyebabkan kerosakan kekal ke atas sistem saraf. Ia boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembab dan membentuk cerebal palsy. Jika bayi anda mendapat jaundis dalam masa 24 jam selepas lahir, ini dianggap serius dan perlu pemerhatian rapi dan rawatan. Ia boleh disebabkan oleh masalah yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, infeksi atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pra matang sebelum 28 minggu.

BAYI YANG MENGHIDAP JAUNDIS PERLU MENDAPAT SUSU

About tudungbawalonline

Saya tidak tahu dan ingin belajar. Nota yang saya baca, saya akan kongsikan kepada anda semua agar ilmunya akan memberi maafaat kepada semua.
This entry was posted in Info, Kehidupan, Wanita and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s