Apakah Kelebihan Susu Badan?

Di dalam al Quran ada beberapa tempat yang menyentuh tentang penyusuan bayi selama 2 tahun oleh ibunya. Antaranya ialah:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan…” (al Baqarah: 233)

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKulah kembalimu.” (Luqman: 14)

Sudah tentu pernyataan daripada kalam-kalam Allah ini mengandungi hikmah yang tersembunyi. Ya, ternyata susu ibu memang banyak kelebihannya. Para ibu sememangnya tidak boleh tidak(la budda) daripada menyusukan bayi mereka selepas kelahiran.

Apa kelebihan susu ibu?

Susu ibu ialah cecair yang dihasilkan secara semulajadi dan psikologi untuk bayi manusia. Saintis terus menemui kelebihan-kelebihan terbaru yang ada pada susu ibu. Berbanding susu formula, susu ibu kerap bertukar berdasarkan keperluan bayi. Susu formula tetap sama tanpa mengira keperluan dan usia bayi.

Susu ibu berubah berdasarkan usia bayi : Susu ibu untuk bayi pra-matang mengandungi kandungan protein yang tinggi. Susu ibu bagi bayi usia lapan bulan pula mempunyai kalori yang tinggi berbanding bayi berusia sebulan. Susu ibu berubah berdasarkan cuaca. Dalam cuaca panas, susu ibu mengandungi lebih banyak cecair. Dalam cuaca sejuk, ia mengandungi lebih banyak lemak. Susu ibu berubah dari segi rasa bergantung kepada jenis pemakanan ibu. Ini memberi peluang kepada bayi untuk mencuba pelbagai jenis rasa di sepanjang tempoh penyusuannya.

Secara ringkasnya, di bawah ini adalah kelebihan-kelebihan susu ibu:

Kebaikan Susu Ibu kepada bayi:

* Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk bayi.

* Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi.

* Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. – American Journal Of Clinical 1991)

* Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan.

* Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.

* Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti apabila mereka dewasa.

* Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi.

* Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.

* Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain.

Faedah penyusuan terhadap ibu

* Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah buah dada dan ovari.

* Mengelakkan pendarahan selepas bersalin.

* Menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semula jadi.

* Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim.

* Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.

* Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa saja dan di mana-mana sahaja.

About tudungbawalonline

Saya tidak tahu dan ingin belajar. Nota yang saya baca, saya akan kongsikan kepada anda semua agar ilmunya akan memberi maafaat kepada semua.
This entry was posted in Agama, Wanita and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s