Apakah Tips Menjaga Hubungan Jarak Jauh?

TIPS 1: SENTIASA BERHUBUNGAN

-Pastikan korang sentiasa berhubung dengan pasangan SETIAP HARI. Jangan miss satu hari pun. Kalau sebelum kahwin pun korang tak pernah miss kan, apatah lagi lepas kahwin:D. jangan kedekut melabur duit pada henpon korang untuk telefon pasangan korang. Paling cikai kekerapan tu pun at least setiap pagi korang wish good morning dan setiap malam sebelum masuk tidur korang wish good night.

TIPS 2: LUANGKAN MASA BERTEMU

-Dalam seminggu tu at least sehari cuba curi2 masa untuk jumpa pasangan korang. Dalam sebulan tu cuba curi -curi sehari atau 2 hari untuk bertemu pasangan. YA! kadang kala faktor kerja jarak menjadi punca permasalah pertama untuk berjumpa, tapi untuk orang yang korang sayang apa salahnya korang berkorban masa dan duit untuk jumpa pasangan korang. Paling minimum, jikakorang rasakan ia membebankan dan ingin menjimatkan lagi kos, anda boleh pulang bertemu 2 minggu sekali. Beri peluang untuk korang dan pasangan melepaskan rindu.:)
TIPS 3: JUJUR
-Bersikap jujur dengan pasangan korang. Sekali korang berbohong, seribu kali anda teringin nak buat lagi. Jangan jadi kan faktor jauh bersama pasangan sebagai alasan untuk berbohong. pasangan tak tahu, tapi tuhan tahu. kan kan? bersikap jujur walaupun ianya pahit. Ingat, Allah SWT sentiasa melihat segala perbuatan korang. Jika korang buat perkara yang ‘bukan-bukan’, pastinya pasangan korang kan tahu juga akhirnya.
TIPS 4: VIDO CALL/ 3G
korang boleh sekali-sekala lakukan Video Chat atau video conferencing ataupun perkhidmatan 3G. sekarang ni dah ramai dah menggunakan aplikasi android seperti whatsup,liner,viber jadi gunakan aplikasi berikut untuk membuat video call pada pasangan. Tak dapat bertemu di depan mata asalkan lihat mereka di dalam screen handphone pun cukup untuk mengubati rindu korang pada pasangan.
TIPS 4: BUAT KEJUTAN
Sekali-sekala apa kata korang pulang ke rumah pasangan tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Pilih muzik jazz yang romantik dan sediakan menu kegemarannya untuk korang berdua menikmati temujanji yang lebih intim dan privasi. Kejutan seperti ini boleh mengubat rasa rindu dan menguatkan rasa sayang.
TIPS 5: PERCAYA
 Dan tips yang terakhir ialah sentiasalah PERCAYA kepada pasangan korang. Percayakan pada  ikatan perkahwinan yang telah korang sendiri bina. Perbanyakkan berdoa kepada Allah SWT supaya terus menguatkan lagi perasaan percaya dan rasa kasih sayang yang tidak bertepi terhadap pasangan korang  Jika korang mempercayai pasangan anda, nescaya pasangan korang turut akan mempercayai korang jua.

About tudungbawalonline

Saya tidak tahu dan ingin belajar. Nota yang saya baca, saya akan kongsikan kepada anda semua agar ilmunya akan memberi maafaat kepada semua.
This entry was posted in Hubungan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s