Apakah Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir?

1. Mandikan bayi anda dengan air suam untuk elakkan bayi sejuk.

2. Sediakan segala  kelengkapan lebih awal seperti pakaian, sarung tangan dan kaki, barut, minyak dsb sebelum memandikan si kecil supaya proses tersebut berjalan dgn baik dan lancar, dan anda turut berasa lebih tenang.
3. Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk tali pusatnya hingga kering. Sapukan tali pusat bayi anda dengan ‘alcohol swab‘ yang diberikan doktor. Tak perlu sapukan dengan sebarang ubat lain. Jika pangkal tali pusat itu merah dan membengkak, mintalah nasihat daripada doktor. Adalah perkara biasa jika terdapat sedikit pendarahan atau cecair keluar, tetapi ia sepatutnya hanya untuk beberapa hari sahaja.

4. Tuam perut dan ari-arinya dengan kain atau daun sirih yang dipanaskan dengan seterika untuk elakkan kembung perut dan angin pasang.
5. Sapukan juga perut, belakang badan, belakang betis dan tapak kaki bayi anda dengan minyak bayi untuk beri keselesaan kepadanya.

6. Pakaikan barut dengan kemas, namun tidak terlalu ketat.

7. Selepas itu, pakaikan bayi anda pakaian yang sesuai dan selesa.

8. Jika anda memakaikan bayi anda dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa peka dan menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah terlalu lama bagi mengelakkan bayi mengalami kerengsaan dan ruam lampin.

9. Sehinggalah dia berusia lebih kurang 4 minggu, bayi tidak berupaya mengawal pergerakan kepalanya. Jadi, pastikan anda sentiasa menyokong kepala dan lehernya. Apabila anda hendak meletakkannya pula, pastikan keseluruhan lengan anda menyokong tulang belakang, tengkuk dan kepalanya sehingga dia telah diletakkan dalam keadaan selamat di atas katilnya.
10. Bedunglah si kecil untuk membantunya tidur dengan lebih selesa dan lama. Keadaan berbedung memberi rasa selesa kepadanya, seolah-oleh berada dalam perut ibunya.
11. Setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sendawakannya bagi mengelakkannya  kembung atau muntah.

12. Susukan bayi anda sekerap yang mungkin (setiap 2 jam) walaupun dia hanya ingin melelapkan mata. Kuis atau geletek tapak kakinya untuk kejutkan dari lena.

13. Berikanlah susu ibu secara eksklusif kepada bayi anda selama 6 bulan pertama untuk pastikan dia mendapat khasiat susu ibu dengan sepenuhnya. Jangan berikan si kecil anda selain susu ibu, hatta air masak sekalipun sepanjang 6 bulan tersebut.

Menjaga bayi baru lahir sesungguhnya bukanlah perkara mudah, apatah lagi bagi ibu baru. Dengan kesihatan si ibu yang masih belum pulih sepenuhnya, si bayi pula perlukan perhatian. Selain sokongan orang sekeliling, ibu juga perlu menjaga kesihatannya dengan baik supaya dapat elakkan daripada stress atau ‘gila meroyan’ istilah melayunya. Ibu perlu lengkapkan keperluan nutrisi tubuh dengan sebaiknya supaya badan sihat, cergas dan ceria menjalankan tanggungjawab sebagai ibu. Set berpantang Shaklee dapat membantu ibu memenuhi keperluan nutrisi tubuh sewaktu berpantang

About tudungbawalonline

Saya tidak tahu dan ingin belajar. Nota yang saya baca, saya akan kongsikan kepada anda semua agar ilmunya akan memberi maafaat kepada semua.
This entry was posted in Kehidupan, Keluarga and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s