Apakah Kelebihan Buah Kurma?

Date palm with fruits at the Abdul Aziz Date F...

Date palm with fruits at the Abdul Aziz Date Farm in Medina. (Photo credit: Wikipedia)

Ripe and dry dates fruit bunches at the Abdul ...

Ripe and dry dates fruit bunches at the Abdul Aziz Date Farm in Medina. (Photo credit: Wikipedia)

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.

Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak,Kurma juga memiliki pelbagai khasiat dari sudut kesihatan.
Tidak hairanlah, ia banyak disebut dalam al-Quran, malah menjadi salah satu makanan kegemaran junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W . Berikut adalah fakta dari pelbagai sudut tentang khasiat buah kurma ini.

Sepanjang bulan Ramadhan, kurma boleh dilihat di mana-mana kerana menjadi sunnah memakan terlebih dahulu buah  itu apabila berbuka puasa.

KESIHATAN

Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis
Berdasarkan kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan “Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah”. (Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001)

Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan
Profesor Madya Aisyah Mohd Zain juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

Membunuh Kuman Dalam Badan
Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

Kurma juga mengandungi kandungan zat besi dan potasium yang tinggi selain pelbagai vitamin lain. Ia amat sesuai diambil pesakit anemia, masalah penghadaman seperti sembelit dan kelesuan badan. Sebagai buah yang kaya dengan karbohidrat, kurma memberikan sumber tenaga, membantu meningkatkan tenaga dan sesuai dijadikan sebagai snek harian.

Malah Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Sesiapa yang memakan tujuh biji tamar Ajwah, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.” (Riwayat Imam Bukhari).

Menjadikan pemakanan kurma sebagai amalan sejak dulu lagi, Pengerusi dan pemilik Yusuf Taiyoob Sdn Bhd, Datuk Yusuf Taiyoob, berkata amalan memakan kurma memang baik untuk kesihatan. Beliau berkata, kurma mampu membekalkan tenaga walaupun diambil dalam jumlah yang sedikit, malah mampu menahan kelaparan untuk seharian. Bagi yang ingin menjaga kesihatan, kurma mengurangkan berat badan.

KECERDASAN & KECERGASAN

Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbersaran
Menurut Profesor Madya Aisyah Mohd Zain lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat membantu memperkuat daya tahan tubuh, meningkatkan stamina, menggalakkan pertumbuhan tulang pada kanak-kanak, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

Tenaga Segera
Maksud Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26.
“Dan goyanglah pangkal pohon kurma tu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu.”

Mengikut hasil kajian ahli sains Mesir, khasiat kurma terbukti dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda serta membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah, merawat buah pinggang dan mencuci hati serta membantu mengurangkan pengaliran darah ketika melahirkan anak.

Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah swt menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.

KEPERIBADIAN

Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

“Melentur buluh biar dari rebungnya.” Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur. Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) menulis tentang hadis ini dalam majalah Mingguan Wanita.

KEBERKATAN

Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”

Makanan Yang Paling Sempurna
Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”

Dengan sebab itulah Profesor Madya Aisyah Mohd Zain menyatakan lagi ” pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian.”

BUAH KURMA MAMPU CERDASKAN OTAK

Khasiat buah kurma bukan sahaja diakui dalam Islam dan diakui juadah penting berbuka puasa, malah di kalangan ahli perubatan menganggapnya buah berkhasiat yang mampu mencerdaskan otak dan menyihatkan tubuh badan.

Profesor Madya Aisyah Mohd Zain berkata, “Pengambilan buah kurma tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian.”

“Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis.”

“Kurma boleh dijadikan makanan yang membantu mencegah penyakit kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, walaupun buah padang pasir itu sukar dibeli dinegara ini selain Ramadhan, orang ramai khususnya umat Islam boleh menjadikan jus buah kurma yang dipasarkan sebagai pilihan alternatif.

Katanya, buah kurma mengandungi vitamin dan E serta komposisi gula yang banyak dikenali sebagai glukosa iaitu sejenis unsur gula dalam darah yang menjadi sumber tenaga serta membantu seseorang berpuasa dalam tempoh yang lama.

Prof Asiah berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsangkan kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

Katanya, kanak-kanak digalakkan memakan banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

“Selain berbuka puasa, kurma juga harus menjadi makanan pilihan umat Islam ketika bersahur seterusnya menjana tubuh sehingga waktu berbuka”, katanya.

SEKILAS PANDANG KHASIAT BUAH KURMA

Kurma adalah buah daripada tumbuhan palma yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan B serta niasin.

Dari segi saintifik, kurma dapat membantu mengubati gangguan usus kronik dan mengatasi sembelit.

Kurma boleh dijadikan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk membantu mengatasi masalah insomnia dan mengurangkan batuk.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada ketika hamil atau selepas bersalin.

Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, ia dapat diatasi dengan memakan buah kurma, sekali gus menggalakkan pertambahan kandungan susu.

Kurma turut berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak iaitu membantu pembentukan darah dan sum sum tulang.

Antara kajian lain dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.

Khasiat kurma dapat membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda kanak-kanak.

Jus kurma dapat membantu mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta meredakan tekanan darah tinggi.

Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah, menghindari barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah ketika kelahiran.

Kurma membantu merendahkan risiko serangan angin ahmar.

Kandungan karbohidratnya yang tinggi membolehkannya membekalkan banyak tenaga.

Kurma mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh iaitu kalium khusus untuk kebaikan jantung dan pembuluh darah.

Galian dalam kurma berfungsi untuk membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot dan mengatur tekanan darah.

Gula yang terkandung dalam kurma mudah diserap dalam tubuh tanpa perlu melalui proses yang panjang. Justeru, kurma dianggap sebagai buah paling ideal untuk hidangan berbuka puasa atau sahur.

Info

Untuk memastikan mutu kurma kekal segar dan tahan lama, ia hendaklah sentiasa disimpan di dalam peti sejuk dan bukannya di dalam suhu bilik.

Buah kurma bertangkai adalah kurma yang paling baik dari segi kualiti dan biasanya, harganya juga mahal berbanding kurma biasa.

Selain kurma asli, kurma kering juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan cara penyimpanannya lebih mudah.

About tudungbawalonline

Saya tidak tahu dan ingin belajar. Nota yang saya baca, saya akan kongsikan kepada anda semua agar ilmunya akan memberi maafaat kepada semua.
This entry was posted in Agama and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s