Apakah Tips Bercinta Selepas Kahwin?

Love is Cinta

Love is Cinta (Photo credit: Wikipedia)

  • SEKIRANYA, anda ingin mencuba bercinta selepas kahwin… Ingin mempertimbangkan pilihan keluarga, why not ikut senarai 10 tip ini yang mungkin boleh membantu proses perkenalan anda berdua agar ianya lebih memudahkan :-

Tip1 – Dapatkan sebanyak-banyak gambarnya, dari dulu dan sekarang. Jangan nak malu-malu.. ini soal masa depan. Biar gambar tu jenis beramai-ramai dengan keluarga, dan juga kawan-kawan. Tujuannya adalah untuk membuatkan diri anda merasa seolah-olah lebih lama mengenalinya.

Tip2 – Aturkan pertemuan secara ONLINE ataupun OFFLINE untuk berbual dan mengenal antara satu sama lain. Waktu inilah anda kena senaraikan sebanyak-banyak soalan peribadi yang anda harus tanya. Bukan setakat apa yang dia suka atau benci saja tetapi, tanyakan segala-galanya. Matlamat hidupnya, apa yang selalu difikirkan, impiannya, harapan masa depannya… bagaimana cara hidup you all berdua nanti, taraf mana kewangannya, banyak mana yang you boleh berbelanja, …tanyalah semua, tanya elok-elok ;)

Tip3 – Minta dia berikan senarai rancangan dia tentang perkahwinan yang you all  berdua akan lalui. Cuba ketahui apakah rancangannya. Sejauh manakah perancangannya perkahwinan yang telah dibuat. Kemuadian berikan cadangan bagaimana pula yang you inginkan. Jangan mintak bersanding macam puteri raja pulak adoi :D

Tp4 – Minta dia beritahu awal-awal perkara-perkara yang mungkin boleh membuatkan anda berdua bergaduh. Mungkin ada bekas-bekas kekasih yang masih tidak puas hati ke. Atau ada sesiapa yang tidak suka dengan pilihan dia ke. Jadi, mungkin ada kesulitan nanti. Semua tu kena tahu awal jadi you boleh bersedia untuk menghadapinya.

Tip5 – Awal-awal lagi kena beri amaran kepada dia supaya JANGAN MENIPU, JANGAN SEMBUNYI PERKARA, JANGAN itu JANGAN ini… jika buat juga maka anda akan bertindak begitu dan begini. Discuss it… let it out everything. Supaya esok-esok tidak menjadi masalah dan halangan percintaan selepas berkahwin nanti.
Tip6 – Awal-awal lagi anda juga kena beritahu apa yang anda mahu lakukan selepas kahwin. Tegas dan berani, and tell what you want to do, where you want go… kalau nak balik rumah mak setiap minggu tak boleh halang. Kalau nak jumpa kawan 2x sebulan tak boleh stop… haaa whatever la kan, cakap semua kat dia… dan bincang dan cuba tolak ansur.

Tip7 – Inilah juga masanya untuk anda meminta-minta… hehe tapi jangan lebih-lebih pulak ya. Cuba senaraikan benda-benda ringkas, perkakas-perkakas dan keperluan rumah. Boleh mintak dengan mak atau bakal suami. Kalau si bakal tu orang berada sikit, bolehlah minta lebih-lebih sikit barang kemas atau pakaian mahal-mahal. Cakap, “Kulit saya tak boleh pakai pakaian murah… dia akan jadi gatal. Pastu saya kena pakai emas tulen saja, yang lain elergic!” – hahaha :D   botak kepala suami!

Tip8 – Cuba berbaik-baik dengan ahli keluarga dia terlebih dahulu. Lihat sejauh mana keserasian dan keperihatinan mereka terhadap anda. Tengoklah sejauh mana sayangnya pada anda atau sekadar gitu-gitu je. Ahli keluarga dan sedara mara ni selalunya boleh membantu mengeratkan lagi perhubungan suami isteri selepas berkahwin. Bila erat… CINTA semakin padat!

Tip9 – Bila bercakap soal hati… cuba ‘JUAL MAHAL’ sedikit, untuk melihat sejauh mana kesungguhan dia untuk berkahwin dengan anda. Ini mungkin mudah dilakukan sebab, kemungkinan hati anda pun belum terpaut lagi dan mungkin rasa benci juga ada di ceruk sanubari. It’s okay to show it… tapi biarlah dengan secara terbuka. Maknanya kalau dia shows good effort… maka berilah peluang kepadanya, jika sebaliknya… well at least you dah beri peluang kan… belum CINTA lagi so mudah sikit nak back off!

Tip 10 – Sesuatu yang paling susah, pastinya membuka pintu hati anda… sewaktu anda akan merasa amat benci, meluat, geli geleman, nak muntah, menyampah, geram dan berbagai-bagai lagilah. TETAPI… di sini anda sendiri kena REDHA dengan ketentuan ILAHI. Cuba renung sejenak, mungkin selama ini sudah lama anda mencari jodoh tapi tak daaa pun! – Ingatlah Yang Maha Esa tidak akan membawa anda ke sini sekiranya tidak ada sesuatu yang baik untuk anda. Jika ada buruknya atau jika teramat susah, cuba anggap ini adalah satu pengalaman yang Allah mahu kita pelajari dan turuti. Cabaran dan dugaan dari Nya. InsyaAllah anda akan mulai terbuka hati untuk memberi peluang kepada diri anda sendiri demi untuk bahagia di dalam perkahwinan nanti dan jatuh cinta secara halal.

About tudungbawalonline

Saya tidak tahu dan ingin belajar. Nota yang saya baca, saya akan kongsikan kepada anda semua agar ilmunya akan memberi maafaat kepada semua.
This entry was posted in Hubungan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s