Apakah Tips Kembalikan Aura Seks Selepas Bersalin?

Loesje denkt aan seks

Loesje denkt aan seks (Photo credit: Andrew B47)

1. Pastikan diri benar-benar bersedia


Tidak dinafikan keperluan seks suatu kemestian dalam hidup seorang
lelaki. Namun jangan dek kerana mahu mengejar kenikmatan semata-mata
sanggup mengetepikan kesihatan diri pasangan. Pastikan pasangan
benar-benar sudah bersedia mental dan fizikal untuk mengadakan hubungan
seksual dengan anda. Ini dikhuatiri jika dia masih sakit akibat selepas
bersalin akan menyebabkan kemudaratan lain pula nanti. Ingat bahawa
tubuh pasangan mahu dipakai lama oleh anda dan keluarga.

2. Gunakan rangsangan

Memang agak menakutkan bagi pasangan yang melakukan hubungan intim
pertama kali selepas melahirkan. Ketakutannya dirasakan seperti malam
pertama anda sebelum ini. Bagi memujuk pasangan adalah dengan cara
melakukan rangsangan terlebih dahulu di mana-mana bahagian yang cepat
membuatkan diri terangsang. Apabila dia sudah bersedia barulah memulakan
dayungan seterusnya.

3. Mandi bersama

Satu cara untuk
mengajak pasangan melakukan seks selepas bersalin yang tidak menyakitkan
adalah dengan mandi bersama. Lakukan dengan menadah air suam dalam tab
mandi dan letakkan wangian bersesuaian. Aura air suam berkenaan boleh
melegakan sedikit sebanyak perasaan takut pasangan. Belailah diri
pasangan ketika berada dalam tab mandi ini dan gunakan ruang dan peluang
yang ada untuk melakukan hubungan selepas mandian.

4. Lakukan ketika hanya anda berdua


Jika waktu sebelumnya masa banyak dihabiskan bersama si kecil. Apa kata
untuk kali ini luangkan masa anda berdua sahaja di rumah tanpa gangguan
orang lain. Suasana nyaman dan damai yang dirasai sedikit sebanyak
dapat menghilangkan rasa takut kepada pasangan untuk kembali berasmara.
Mulakan dengan aktiviti ringan dan kemudian barulah aksi seterusnya.

5. Pergi bercuti

Atau jika mahu situasi dan tempat berlainan, apa kata berdua pergi
bercuti dengan memilih kawasan peranginan ataupun di tepi pantai. Lebih
menarik suruh sahaja pihak hotel menghias bilik seperti pengantin baru
dengan taburan kelopak bunga ros ataupun semburan wangian. Jika kena
gayanya, perasaan takut untuk kembali berasmara mungkin akan hilang dek
godaan situasi yang mengghairahkan ini.

6. Menggoda isteri

Kebiasaannya keinginan untuk melakukan seks selepas bersalin tidak
seperti sebelumnya. Untuk mengembalikan keinginannya, apa kata anda
menggoda isteri dengan cara tersendiri. Misalnya menghantar kad ucapan
ataupun menghantar pesanan ringkas berbaur ungkapan menggoda agar dapat
merangsang keinginannya untuk berasmara. Katakan anda rindu pada
tubuhnya dan tidak dapat menahan diri walau sesaat sekalipun. Jangan
buat sekali, tetapi beberapa kali dan lama-kelamaan pastinya dia akan
cair dengan godaan anda. Pasti dia akan tertawan dan bersedia untuk
memulakan hubungan intim.

About tudungbawalonline

Saya tidak tahu dan ingin belajar. Nota yang saya baca, saya akan kongsikan kepada anda semua agar ilmunya akan memberi maafaat kepada semua.
This entry was posted in Hubungan and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s