Bagaimana Kembalikan Aura Seks Selepas Bersalin?

Sex

Sex (Photo credit: danielito311)

1. Pastikan diri benar-benar bersedia
Tidak dinafikan keperluan seks suatu kemestian dalam hidup seorang lelaki. Namun jangan dek kerana mahu mengejar kenikmatan semata-mata sanggup mengetepikan kesihatan diri pasangan. Pastikan pasangan benar-benar sudah bersedia mental dan fizikal untuk mengadakan hubungan seksual dengan anda. Ini dikhuatiri jika dia masih sakit akibat selepas bersalin akan menyebabkan kemudaratan lain pula nanti. Ingat bahawa tubuh pasangan mahu dipakai lama oleh anda dan keluarga.

2. Gunakan rangsangan

Memang agak menakutkan bagi pasangan yang melakukan hubungan intim pertama kali selepas melahirkan. Ketakutannya dirasakan seperti malam pertama anda sebelum ini. Bagi memujuk pasangan adalah dengan cara melakukan rangsangan terlebih dahulu di mana-mana bahagian yang cepat membuatkan diri terangsang. Apabila dia sudah bersedia barulah memulakan dayungan seterusnya.

3. Mandi bersama

Satu cara untuk mengajak pasangan melakukan seks selepas bersalin yang tidak menyakitkan adalah dengan mandi bersama. Lakukan dengan menadah air suam dalam tab mandi dan letakkan wangian bersesuaian. Aura air suam berkenaan boleh melegakan sedikit sebanyak perasaan takut pasangan. Belailah diri pasangan ketika berada dalam tab mandi ini dan gunakan ruang dan peluang yang ada untuk melakukan hubungan selepas mandian.

4. Lakukan ketika hanya anda berdua

Jika waktu sebelumnya masa banyak dihabiskan bersama si kecil. Apa kata untuk kali ini luangkan masa anda berdua sahaja di rumah tanpa gangguan orang lain. Suasana nyaman dan damai yang dirasai sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa takut kepada pasangan untuk kembali berasmara. Mulakan dengan aktiviti ringan dan kemudian barulah aksi seterusnya.

5. Pergi bercuti

Atau jika mahu situasi dan tempat berlainan, apa kata berdua pergi bercuti dengan memilih kawasan peranginan ataupun di tepi pantai. Lebih menarik suruh sahaja pihak hotel menghias bilik seperti pengantin baru dengan taburan kelopak bunga ros ataupun semburan wangian. Jika kena gayanya, perasaan takut untuk kembali berasmara mungkin akan hilang dek godaan situasi yang mengghairahkan ini.

6. Menggoda isteri

Kebiasaannya keinginan untuk melakukan seks selepas bersalin tidak seperti sebelumnya. Untuk mengembalikan keinginannya, apa kata anda menggoda isteri dengan cara tersendiri. Misalnya menghantar kad ucapan ataupun menghantar pesanan ringkas berbaur ungkapan menggoda agar dapat merangsang keinginannya untuk berasmara. Katakan anda rindu pada tubuhnya dan tidak dapat menahan diri walau sesaat sekalipun. Jangan buat sekali, tetapi beberapa kali dan lama-kelamaan pastinya dia akan cair dengan godaan anda. Pasti dia akan tertawan dan bersedia untuk memulakan hubungan intim.

About tudungbawalonline

Saya tidak tahu dan ingin belajar. Nota yang saya baca, saya akan kongsikan kepada anda semua agar ilmunya akan memberi maafaat kepada semua.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s