Bagaimana Cara Didik Anak?

Happy

Happy (Photo credit: Wikipedia)

Mendidik Anak seharusnya kita berikan semenjak anak masih dalam kandungan lagi. Islam amat menitik beratkan dalam hal memberikan pendidikan sejak dari dalam kandungan sampai anak mencapai usia dewasa. Pemahaman agama yang baik akan banyak mempengaruhi dalam hal pembentukan akhlak dan peribadi mulia seorang anak kelak nanti.

Islam memperkuat pandangan perlunya pendidikan sebelum kelahiran bermula dari sejak sebelum terciptanya janin. Ha ini dibuktikan dalam Al-Quran dalam beberapa surah, diantaranya:

Penciptaan janin harus berasal dari pasangan yang sah. Bukan hubungan perzinahan. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Surah Al-Isra’ 17:32)

Dalam melakukan hubungan hendaklah dimulai dengan doa, agar dijauhkan dari syaitan.

Setelah terjadinya proses nuthfah (sperma), berlanjut menjadi ‘alaqah dan kemudian mudghah (segumpal daging). Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.” (Surah Al-Mu’minun 23:12-14)

Maka bermulalah kehidupan seorang anak di dalam rahim ibu.

Dari tahap ini, ada beberapa hal yang harus dilakukan oleh ibu, ibu adalah guru pertama seorang anak untuk mendidik anak dalam kandungan.

Cara mendidik anak dalam kandungan secara Islam dapat dilakukan dengan berbagai cara. Berikut adalah pendidikan anak dalam kandungan, antaranya ialah:

– Membaca Al-Quran

Fungsi pertama yang paling banyak digunakan bayi dalam kandungan adalah fungsi pendengaran, oleh itu biasakan bayi dalam kandungan mendengar Al-Quran.

– Membacakan Doa

Berdoa agar mendapatkan anak soleh dan solehah, seperti doa Nabi Zakaria yang disebut dalam Al-Qur’an surat Ali Imran : 38 yang bermaksud:

“Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Doa..” (Surah Ali Imran 3:38)

Ada juga doa Nabi Ibrahim yang disebut dalam Al-Quran surat As-Shaafaat :100 dan An Nahl :78. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” (Surah As-Saaffaat 37:100)

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.” (Surah Al-Nahl 16:78)

– Bercakap Dengan Bayi

Selalulah bercakap dengannya walaupun dia belum lagi lahir. Komunikasi dengan cara ini dapat merangsang lagi pertumbuhan otaknya. Ceritakan padanya apa yang sedang anda perbuatkan setiap hari seperti melakukan amal ibadah, cara ini akan mendedahkannya pada suara anda dan membantu anda mengajar tabiat bercakap dengannya apabila dia lahir nanti.

– Menjaga Perilaku

Menjaga perilaku sangat penting ketika hamil, kerana akhlak ibu bapa sangat berpengaruh terhadap akhlak anak-anak.

Cara Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah

Contoh teladan yang terbaik adalah rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda umpama penyuluh buat segenap manusia. Apa yang terbaik adalah berbalik kepada fitrah dan sunnah yang telah sekian lama diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. Mendidik anak-anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, antaranya adalah :

1. Umur anak-anak 0-6 tahun.

Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.

Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

2. Umur anak-anak 7-14 tahun.

Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud,
“Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).

Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang.

Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam membentuk sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam.

3. Umur anak-anak 15- 21 tahun.

Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara atau masalah yang mereka hadapi, jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain.

Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.

4. Umur anak 21 tahun dan ke atas.

Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka.

Ibu bapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibu bapa inginkan.

Panduan Untuk Ibu Bapa Prihatin

Untuk mendapatkan panduan lengkap “Rahsia Anak Soleh” yang akan merungkaikan persoalan yang sering bermain di fikiran ibu bapa yang ingin memberikan pendidikan kepada anak mereka dengan berkesan dan bijaksana, anda boleh dapatkannya sekarang klik di sini.

Antara yang lain, panduan lengkap “Teknik Mendidik Anak Cemerlang” yang boleh anda gunakan sebagai panduan di dalam mendidik anak anda. Siapa tahu? Mungkin panduan ini akan menjadi titik permulaan kepada perubahan pada diri anak anda sebagai seorang kanak-kanak yang sihat, ceria dan bijak. Anda boleh dapatkannya sekarang klik di sini.

About tudungbawalonline

Saya tidak tahu dan ingin belajar. Nota yang saya baca, saya akan kongsikan kepada anda semua agar ilmunya akan memberi maafaat kepada semua.
This entry was posted in Kehidupan, Keluarga and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s